Wanita Tawar Perkhidmatan Belasah Perempuan Simpanan Suami

loading...

CHINA - Seorang wanita bernama Zhang Yufeng, telah membantu ramai wanita bergelar isteri lebih sedekad dengan membalas dendam terhadap perempuan simpanan suami mereka. 

Selama bertahun-tahun, Zhang telah membantu ribuan wanita di mana suami mereka berlaku curang dengan mengumpul bukti bagi kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan adakalanya membimbing mereka bagaimana cara untuk memukul dan memalukan perempuan simpanan suami mereka di tempat awam. 

Zhang yang popular dengan gelaran 'Pembunuh Perempuan Simpanan', mendapat ilham untuk menawarkan perkhidmatan tersebut selepas suaminya berlaku curang pada tahun 1990'an dan meminta perceraian. 

"Seminggu saya terlantar di sofa. Bila saya keluar dari rumah, rambut saya banyak beruban dan orang kata berat badan saya turun 10 kilogram," katanya mengimbau kenangan lama. 

Enggan menyeksa dirinya begitu, Zhang mengambil keputusan untuk membalas dendam. Zhang nekad untuk mengesan bekas suami dan perempuan simpanannya. Namun pasangan itu kerap berpindah kerana terdesak melarikan diri dari Zhang. 

Tidak lama kemudian, seorang wanita tua meminta Zhang membantu anaknya yang dilanda kemurungan selepas suaminya berlaku curang. Belum sempat Zhang menghulurkan bantuan, wanita berkenaan telah membunuh diri. 

Apabila ditanya, mengapa ibu wanita itu tidak mengambil tindakan terhadap menantu lelakinya itu di mahkamah di atas kematian anaknya, wanita tua itu tidak mempunyai bukti yang kukuh. Dan dari saat itulah Zhang mendapat ilham untuk membantu golongan wanita yang dianiaya oleh suami mereka. 

"Saya beritahu makcik itu bahwa saya akan hapuskan lelaki-lelaki yang tidak berguna seperti itu," katanya. 

Kini, Zhang memiliki hartanah di Beijing dimana dia telah membantu golongan wanita yang telah dihalau oleh suami mereka yang lebih mementingkan perempuan simpanan. 

Kadar perceraian yang tinggi di China juga telah membantu perniagaan Zhang berkembang pesat. Setiap hari Zhang menerima lebih 100 panggilan daripada wanita yang terdesak sehingga dia dianggap sebagai wira dan selebriti bagi sesetengah pihak. 

Jadi, tidak hairanlah jika terdapat video sekumpulan wanita membelasah seorang perempuan yang didakwa sebagai perempuan simpanan di tempat awam sehingga pakaiannya ditanggalkan bagi tujuan mengaibkan. Malah, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga tidak bertindak membantu mangsa. 

Sementara di media sosial mempersoalkan mengapa sekumpulan wanita terbabit tidak mengerjakan si suami yang berlaku curang, daripada mengerjakan perempuan simpanan berkenaan. 

Namun bagi Zhang, dia mahu mendera perempuan yang bergelar sebagai perempuan simpanan dan memenggal kepala mereka dengan pedang. 

The Global Times juga melaporkan Zhang pernah membelasah perempuan simpanan di tengah jalan raya yang sibuk. 

"Kami belasah seorang perempuan yang disyaki sebagai perempuan simpanan di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Ramai yang menyaksikan kami membelasah perempuan itu. 

"Bila polis tiba di tempat kejadian. saya terus memaklumkan bahawa perempuan itu telah menggoda suami orang. Polis itu memaklumkan bahawa dia "tidak melihat apa yang berlaku'. Bila mendengar katanya itu, saya tahu dia maksudkan 'teruskan' dan kami terus membelasah perempuan berkenaan," katanya. 

Pada tahun 1990'an, polis enggan mencampuri urusan yang dianggap sebagai urusan keluarga dan mereka sering tidak mengendahkan jika Zhang dan rakan-rakannya membelasah perempuan yang disyaki sebagai perempuan simpanan. 

"Saya agak merindui masa lalu," katanya. - The Reporter
loading...

0 Response to "Wanita Tawar Perkhidmatan Belasah Perempuan Simpanan Suami"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close