Anak Ditahan, Disyaki Rompak & Bunuh Ibu Sendiri

loading...

KOTA BHARU - Anak tunggal seorang wanita warga emas yang dibunuh di Kampung Kuala Gris, Dabong Kuala Krai, Isnin lalu ditahan kerana disyaki merompak dan membunuh ibunya sendiri, lapor Kosmo

Suspek berusia 35 itu ditahan pada jam 12.03 malam kelmarin di rumah arwah ibunya, Rohani Musa, 60, semasa suspek baru berbaring untuk tidur. 

Selepas pengebumian ibunya pada petang Isnin lalu, suspek yang masih bujang dan menganggur itu dikatakan telah menghilangkan diri. 

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, polis cuba mengesan suspek, namun gagal kerana suspek disyaki cuba menyembunyikan diri. 

"Selepas dua hari mencari, malam semalam, polis berjaya menahan suspek di rumah ketika dia mahu tidur. 

"Suspek ditahan kerana terdapat keraguan dalam keterangannya dan beberapa fakta penemuan mayat ibunya didapati bercanggahan," katanya. 

Polis masih mengumpul bukti untuk mengetahui perompak dan pembunuh sebenar. Polis juga sedang giat mengesan seorang lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut berikutan seorang penduduk kampung mendakwa ternampak sebuah motosikal dinaiki dua lelaki berada berhampiran rumah mangsa sekitar jam 11 malam. 

Polis juga masih belum menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa salin barang-barang yang dirompak. 

Suspek yang tiada rekod jenayah dan ujian air kencingnya yang didapati negatif, ditahan sehingga 27 Disember bagi membantu siasatan. - The Reporter

Artikel berkaitan:
loading...

0 Response to "Anak Ditahan, Disyaki Rompak & Bunuh Ibu Sendiri"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close