loading...
Kecederaan di bahagian hidung Juan masih kelihatan | Foto - Hanni Borhan |
GAPYEONG, KOREA SELATAN - Dalam perkembangan terkini kes jutawan Jamu Susuk Dara (JSD) yang viral malam tadi, difahamkan ada pihak yang telah menghulurkan bantuan kepada mereka.
Status yang baru saja dimuat naik oleh Hanni Borhan sejam yang lalu dilihat mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu termasuk badan NGO dan pihak berkuasa.
"Terima kasih auntie, uncle, saudara Amin dari Prihatin Malaysia, pihak berkuasa yang tolong saya," katanya.
Dalam waktu yang sama, Hanni juga memuat naik beberapa status lain yang mendakwa ada ramai orang yang seronok dengan kesusahan yang dihadapinya.
"Sebenarnya ramai orang seronok dengan kesusahan saya," katanya.
Beberapa status dan komen balas yang dimuat naik Hanni di laman Facebooknya menunjukkan dia kesal ada individu yang memaki hamun, menghina dan menjatuh hukum kepadanya. Lebih-lebih lagi bila ada yang mendakwa Hanni sengaja memuat naik video anaknya disepak itu bagi tujuan marketing.
"Kau kata aku nak marketing. Aku gila atau kau yang gila? Aku memang patut gila sebab ada suami seperti itu. Kau gila maki dan hukum aku apsal? Kenapalah tuhan bagi hidup kau bernasib baik sangat sampai kau hina kepayahan dan kesusahan orang?" luahnya.
Di ruangan komen status tersebut, Hanni juga berkata bahawa dia redha dan sanggup disiasat oleh pihak berkuasa berhubung kejadian yang berlaku padanya.
Mengulas dakwaan netizen mengapa Hanni tidak menghalang atau membantu anak bongsunya itu disepak oleh suaminya, Hanni berkata, sebaik saja suaminya itu pergi ke bilik air, barulah dia mendapatkan anaknya itu.
"Selepas saya matikan video 14 saat itu, suami saya pergi ke depan bilik air, barulah saya peluk anak.
"Orang seperti ini kita tak boleh jerit dan lawan. Jika dilawan, lagi kuat dia bagi. Orang macam ini kita kena bagi dia menang, kena tunjuk kita takut baru dia kasihan dan berhenti," katanya.
Susulan viral kes itu semalam, ada beberapa individu yang mula melancarkan hashtag #boikotjsd. Namun Hanni tidak mengambil pusing akan tindakan netizen berkenaan kerana bagi dia, rezeki itu datang dari tuhan.
Bagaimanapun, Hanni menafikan sekeras-kerasnya dakwaan netizen kononnya dia tidak sayangkan anak. Hanni tidak menghalang mana-mana individu memberikan nasihat kepada dirinya, tetapi beri nasihat yang baik, bukannya menghina dia.
Jelas Hanni lagi, dia terpaksa membuang video anaknya disepak oleh suami kerana tidak tahan dengan komen-komen yang diberikan oleh netizen yang didakwanya tidak memahami situasi dan keadaannya.
Semoga Hanni dan anak-anaknya selamat dan selesaikan masalah rumahtangga mereka dengan baik. - The Reporter
Artikel berkaitan:
loading...
0 Response to "'Terima Kasih Kepada Yang Bantu Kami' - Hanni Borhan"
Post a Comment