loading...
Oleh Syda Dalila
Perempuan, tolong ambil masa sedikit untuk baca ini. Ini adalah pengalaman saya sendiri. Kalau masa datang bulan dan mengalami sengugut yang teruk, tolong jangan ambil mudah.
Saya sengugut memang teruk tiap-tiap bulan, namun saya ambil mudah saja perkara ini sebab ingatkan perkara normal. Saya takut makan ubat dan jumpa doktor.
Sampailah satu ketika di mana perut saya sakit, macam cramp. Pergi klinik, dikatanya muscle probelm. Tetapi tak tahan sangat, terus pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk buat scan apa semua. Tetapi mereka kata, tiada apa-apa masalah.
Dah seminggu begini, saya tiba-tiba terlantar atas katil, tak boleh bergerak langsung. Kaki pun tak boleh diluruskan sebab perut sakit sangat-sangat, malah tak boleh bangun.
Saya dibawa ke Hospital Putrajaya. Selepas discan, doktor mendapat ada ketumbuhan 2.6 cm di bahagian rahim. Kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebab dekat dengan rumah.
Masuk HKL jam 7, doktor periksa ketubuhan sudah menjadi 6 cm. Sedih bila doktor kata saya perlu menjalani pembedahan segera sebab kalau lambat, ketumbuhan itu akan pecah dan menjadi kanser. Ovari sebelah kanan juga terpaksa dibuang sebab ketumbuhan sudah besar sangat dan bernanah.
Saya puasa selama enam jam. Jam 12, masuk dewan bedah dan selesai pembedahan 1.30. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar.
Bila sedar pagi itu, sedih tengok perut saya ada tiga tempat kena bedah. Tapi tak mengapa, saya dah selamat hasil doa dari rakan-rakan semua.
Golongan perempuan, tolonglah ya. Dalam setahun, dua kali buatlah pemeriksaan rahim. Benda nak 'pakai' lama. Saya dah serik tinggal di hospital seminggu cucuk sana sini, masuk ubat panas dalam badan. Hampir sebulan tak boleh makan sebab luka dalam. Mujur dah baik dan ada anak seorang. Kalau tak.. - Syda Dalila
loading...
0 Response to "'Jangan ambil mudah bila mengalami sengugut yang teruk' - Syda"
Post a Comment