Suami Jangan Asyik Mengharap Isteri Saja Menanggung Keluarga

loading...
Di zaman ini, hampir 100% wanita yang telah berkahwin terpaksa bekerja bagi membantu menambah pendapatan keluarga terutamanya di kawasan bandar utama. Jika tidak, hidup rasa serba serbi tak cukup kerana dibebani kos sara hidup yang makin hari makin meningkat. 

Namun, disebalik pengorbanan golongan isteri yang bekerjaya ini, ada juga golongan suami yang tidak berguna mengambil kesempatan untuk bergoyang kaki di rumah dan membiarkan si isteri bekerja menanggung keluarga. 

Sebab itu, ramai isteri yang mengambil keputusan untuk lari kerana tidak mahu hidup dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab seperti itu. Baca teguran dari Puan Nor Shazleen ini, khas buat golongan lelaki bergelar suami. Semoga bermanfaat. 


Oleh Nor Shazleen

Shopping barang dapur dan barang anak sebegini saja kalau tak kena RM200/RM300 memang tak sah. Kalau sebulan dah berapa? Zaman sekarang, kalau setakat kerja endah tak endah, harap ada orang jaga, harap duit jatuh dari langit memang tak akan jadi apa. 

Kalau yang spesis duduk di rumah tidur saja, tunggu nak jadi CEO. Suruh kerja di 7 Eleven pun tak nak, kerja di McDonald's tak nak, sila mereput. Zaman sekarang jangan memilih kerja. Yang penting, tanggungjawab.

Lebih-lebih lagi lelaki yang sudah bergelar suami. Kalau asyik nak mengharapkan isteri saja yang menanggung keluarga, nanti jangan salahkan anak isteri kalau mereka lari. 

Janganlah nak sebut istilah "tak boleh susah senang bersama" mende susah senang bersama kalau dah lari dari tanggungjawab? 

Boleh dikatakan dalam Malaysia, peratusan perceraian adalah disebabkan duit. Orang cakap duit tak boleh dibawa mati. Tetapi zaman sekarang rasa nak mati, bila tak ada duit. Rasa-rasa anak itu boleh hidup tanpa duit? Tanpa minum susu atau makan? Boleh hidup? Nak makan minum guna duit tak? Ke boleh makan pasir atau rumput-rumput di tepi jalan? 

Bila sudah bercerai dan yang selalu berlaku ialah orang akan nampak salah perempuan. Perempuan ini mata duitan, kaki kikis bagai. Ini lawak dia boleh kalah Harith Iskandar. 

Saya sendiri bukanlah jenis berharap 100% pada suami walaupun ini adalah perkahwinan kedua saya. Saya ada pilihan untuk tak nak bekerja tetapi saya masih perlu berkerja untuk diri dan anak perempuan saya. 

Jangan lepas tanggungjawab kelaut. Kita cari buruk orang untuk tutup kesalahan sendiri. Ini bukan menyalak atau meroyan, ini adalah fakta zaman sekarang di mana jadilah manusia yang melihat kekurangan diri sendiri sebelum nak menjatuhkan orang lain ataupun memburukkan orang lain. 

Yang penting jangan bagi alasan atau memburukkan orang untuk menutup aib sendiri. Allah Maha Mengetahui. 

Sebab itu Allah memudahkan kerja saya. Anak saya tak ada masalah dengan susu ataupun pampers. Kau gasaklah susu atau pampers apa-apa, dia rileks sahaja serta sukar dijangkiti virus demam. Syukur rezeki yang Allah bagi pada saya tak putus-putus. - Nor Shazleen
loading...

0 Response to "Suami Jangan Asyik Mengharap Isteri Saja Menanggung Keluarga"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close