Terkejut rakan dicabul lelaki tua

loading...

Dalam seumur hidup aku, pengalaman tadi memang aku tak boleh lupakan. 12.30 tengah hari tadi (semalam), aku dengan dua orang member aku singgah di sebuah masjid, cadangnya nak rehatkan badan sekejap. Maklumlah letih tunggang motosikal jauh-jauh. 

Sedang kami sedap berbaring di saf belakang masjid itu, tiba-tiba adalah seorang pakcik ini datang. Mukanya hitam manis, berusia lingkungan 45 tahun. Adalah 10 minit kami berbual, kiranya sesi ramah mesralah dengan pakcik itu. Kita ini jangan menyombong sangat, nanti tak ada orang nak datang dekat. 

Kami berbual tentang harga barang naik, pasal gaji dan macam-macam lagi. Aku pun makin lama makin malas nak melayan pakcik itu. Aku pun mulalah merebahkan badan, tanda aku nak rehat dengan harapn pakcik itu fahamlah dengan situasi aku yang sedang letih ini. 

Member aku, Iman, tidur sebelah pakcik itu. Kawan aku yang seorang lagi tidur berhampiran aku. Sedang aku cuba melelapkan mata, aku rasa macam tak sedap hati. Masa itu aku tidur menghadap cermin pintu masjid. Memang masa itu mata aku tak boleh nak lelap sebab aku perhati saja gelagat pakcik itu dari reflection cermin. 

Apa yang aku boleh katakan, pakcik itu beberapa kali toleh ke kiri kanan seperti ada benda yang tak kena. Selepas itu, dia mendekatkan badannya dengan Iman. Makin lama makin dekat. Iman pada waktu itu memang perasan pakcik itu baring semakin dekat dengannya. Tetapi dia buat tak peduli saja. 

Tidak lama selepas itu, pakcik itu dah mula beraksi. Kali ini dia main cuit-cuit tangan Iman. Tetapi Iman masih buat tak endah. Dia anggap pakcik itu sengaja nak bergurau. Sampai satu tahap, pakcik itu toleh kiri kanan. Bila dia tengok line dah clear, dia cium dada Iman. Tak cukup dengan itu, dia pegang kemaluan Iman sekali. 

Iman ini jenis lurus orangnya. Apa yang pakcik itu buat tadi, dia mengelak saja. Aku yang perhatikan kejadian itu dari cermin memang terkejut badak. Dari apa yang aku tengok, pakcik ini bukan bergurau lagi dah. Saki baki kaum Luth la ni. Apun apa lagi, cepat-cepat ajak member dua orang itu keluar dari masjid meninggalkan malaun itu. 

Ikutkan hati, mahu saja aku bantai pakcik itu dalam masjid, buat tambah dosa saja kan? Selepas keluar dari masjid itu, hidupkan enjin motosikal dan terus blah. 

Aku dah suruh Iman buat laporan polis, harap dia buatlah. Aku ingat, perempuan saja yang mudah terdedah pada bahaya. Tetapi kejadian ini bukti orang lelaki juga mudah terdedah dengan jenayah seksual ini. 


Sampai mati aku ingat muka pakcik itu. Tergamak betul dia buat perkara seperti itu, di rumah Allah pula tu. Muka nampak baik tetapi perangai. Jijiknya alahai. Jadi kita smeua berhati-hatilah. Sekarang ini ramai manusia bertopeng syaitan. - Muhd Fahmi
loading...

0 Response to "Terkejut rakan dicabul lelaki tua "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close