loading...
Oleh Shuhaimi Zulkefli
Semalam pergi kedai barang lusuh di Taman Medan. Kedai feberet aku beli barang kitar semula dari tempat buang sampah untuk projek DIY aku.
Taman Medan, sebelah flat Desa Mentari 2,
tepi sungai Stesen Komuter Seri Setia,
Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor
Tengah asyik mencari barang, masuk satu keluarga suami isteri berusia awal 30'an bersama dengan dua anak mereka.
Di sebelah aku, si kakak sulung berusia anggaran 7 tahun sedang asyik membelek botol air terpakai pelbagai jenis. Seronok saja dia 'bershopping' aku tengok. Dia siap cuba galas bermacam-macam jenis botol air kotor itu di bahunya. Tersenyum seorang tengok di cermin buruk.
Si kakak tunjuk pada abahnya yang menunggu di luar sambil mendukung bayi kecil. Aku terfikir, mesti abah dia marah. Takkan nak beli botol air terpakai dari tempat pembuangan sampah?
Tetapi abah dia senyum balik dan siap memilih untuk anak perempuannya itu.
Tiba-tiba si ibu bertudung datang dari sudut lain, ditunjuknya satu beg sekolah lusuh dan berselut.
"Masih cantik ke tak beg ini, bang?" tanyanya pada suami sambil mencuba menggalasnya di belakang si kakak.
Akhirnya, wajah si kakak ceria. "Yey! Dah siap nak masuk sekolah baru!"
Alamak, ini yang membuatkan aku sebak. Aku terus keluar dari kedai barang lusuh itu sebab tak tahu tengok drama realiti ini lagi.
Ketika keluarga lain sedang sibuk membuat persiapan anak menjelang pembukaan sekolah tahun depan, masih ada yang hidup bersederhana dan masih bersyukur, tetap bahagia.
Semoga Allah merahmati keluarga ini, murahkan rezekinya, bahagiakan mereka. Amin.
Isteri aku menitis air mata bila aku tunjuk keluarga itu sedang sibuk 'bershopping' lagi. - Shuhaimi Zulkefli | The Reporter
loading...
0 Response to "Sebak Melihat 1 Keluarga 'Bershopping' Barang Sekolah Anaknya Kedai Barang Lusuh"
Post a Comment