JPJ Kaji Cadangan Semua Penumpang Bas Ekspres Pakai 'Seat Belt'

loading...

KUALA LUMPUR - Pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang bas ekspres dilihat perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kematian apabila berlaku kemalangan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata perkara berkenaan perlu kajian terperinci dalam usaha menambah baik sistem keselamatan bas ekspres.

"Saya mengalu-alukan cadangan-cadangan sedemikian kerana pemasangan tali pinggang keledar di setiap bas ekspres antara langkah terbaik mengurangkan risiko kemalangan jiwa.

"Oleh itu, saya akan bincangkan perkara ini kepada komuniti JPJ kerana cadangan pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang bas ekspres boleh menambah baik sistem keselamatan bas ekspres," katanya.

Nadzri berkata walaupun kerajaan belum mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar kepada penumpang, namun pihak pengusaha bas boleh mengambil inisiatif menyediakan kemudahan itu.

Dalam kejadian terbaru membabitkan kemalangan bas semalam, 14 maut manakala 16 cedera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terjunam ke dalam cerun dan merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor di Km137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, Johor.

Ditanya perlunya larangan bas ekspres melakukan perjalanan semasa "waktu mengantuk", Nadzri berkata perkata itu pernah dibincangkan namun tidak dapat dilaksanakan atas permintaan industri dan pengguna.

"Bagaimanapun, kami akan mengkaji perkara ini semula kerana larangan bas ekspres bergerak pada waktu malam juga antara langkah yang mampu mengurangkan risiko kemalangan," katanya. -BERNAMA
loading...

0 Response to "JPJ Kaji Cadangan Semua Penumpang Bas Ekspres Pakai 'Seat Belt'"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close