loading...
Oleh Ainul Farahin Kamalruzzaman
Hari ini dapat kes seorang perempuan bujang. Tengok muka, nampak lebih muda dari makcik Ainul. Datangnya kerana mengalami sakit perut yang sangat teruk. Dirujuk ke zon merah untuk scan. Sekali bila diimbas, "Oh mak kau hijau! Ada makhluk di dalamnya!"
Bila ditanya tahu tak diri itu mengandung. Dah tahu jawapannya, saja tanya nak sakitkan hati sendiri. Sudah tentulah dia jawab tak tahu. Kau ingat senang ke nak detect ada baby dalam perut? Setakat gerak-gerak itu, lemak pun ketar-ketar juga waktu sejuk, mana nak perasan.
Bila periksa 'jalan'. dah 10 cm! Tolak laju-laju naik ke labour room.
Tak tahulah kes ini kes suka sama suka atau kes paksa tak rela. Tetapi teringat kisah dapat referral dari labour room kes seperti ini juga. Tetapi suka sama suka punya produk.
Baby kena masuk NICU kerana ada masalah paru-paru. Dalam perjalanan nak iring baby naik ke atas, keluar labour room sambil tolak baby, cari waris. Datanglah dua orang tua berjalan ke arah saya. Mereka ibu bapa kepada budak perempuan yang baru bersalin ini.
Aku terangkan keadaan baby dan ibunya. Kedua-dua mereka yang berusia 60'an ini senyap saja, tak cakap apa-apa dan blank stare je. Seminit dua juga aku tenung mereka berdua kalau ada apa-apa soalan. Tetapi mereka tunduk dan tak cakap apa-apa.
Tiba-tiba kita baru nak mula langkah pergi ke lif, terdengar suara lelaki dari belakang.
"Hati saya ini, hancur doktor.."
Bila saya toleh ke belakang, berair mata si ayah.
"Saya baru tahu, saya tak tahu apa-apa. Kawan dia telefon suruh saya datang ke hospital tanpa memberitahu sebarang sebab. Suruh datang kerana anak kami ditahan di wad," cerita ayahnya dengan suara tersekat-sekat.
"Hati saya hancur doktor, hancur," pegang dada sambil air mata tiba-tiba deras mengalir.
Si ayah perlahan-lahan menghantuk kepalanya ke dinding beberapa kali sambil menangis teresak-esak, menekup muka ke dinding. Isterinya nampak macam masih/sedang mental breakdown. Digosok-gosoknya belakang badan suami beberapa kali tanpa mengucap sebarang kata-kata.
"Sabarlah encik, ada hikmah setiap apa yang berlaku. Banyakkan bertenang, doakan semua yang terbaik ya," kata JM dengan penuh profesional sementara aku dah tak boleh buka mulut.
Nafas pun tahan di dalam. Kalau silap buka mulut atau tak kawal nafas, habislah empangan air yang bertakung di celah-celah mata ini. Diam-diam aku jeling bos aku yang tiba-tiba restless menekan butang-butang lif yang sedia ada menyala dari tadi. Dia ingat, kalau tekan butang itu banyak kali, lif itu akan sampai dengan lebih pantas ke?
Sipi-sipi nampak dari tepi, empangan air mata bos pun sikit lagi nak pecah. Merah matanya menahan. Kami tinggalkan pasangan tadi setelah lif tiba. Semua senyap sahaja dalam lif. Kalau bercakap, silap-silap suara tak keluar, yang keluar adalah air mata.
Tak tahan tengok raut wajah si ayah dan ibu. Orang lelaki susah nak menangis teresak-esak begitu di depan orang. Tetapi kalau begitu sekali menangis, tak kira orang lain tengok, bayangkan betapa sedih dan hancurnya hati si ayah.
Hmm, anak muda di luar sana, berncinta jangan sampai lupa tuhan! Bercinta jangan sampai lupa ibu bapa! Sayang sangat pada pasangan sampai maruah diri dan keluarga dibuang merata. The situation as above is unfortunately not uncommon in our so called peaceful Malaysia. - Ainul Farahin Kamalruzzaman
loading...
0 Response to "'Hati saya ini, hancur doktor...' - Ibu bapa sedih anak gadis mereka lahirkan anak luar nikah"
Post a Comment