loading...
SHAH ALAM, SELANGOR - Tiga buah kenderaan mengalami kerosakan teruk akibat terlanggar batu besar (saiz kepala) dalam kejadian hari ini berhampiran Plaza Tol Seri Muda.
Nursyafiqah Sazaril yang memandu kereta Perodua Kancil terjejas teruk sehingga tangki minyak keretanya mengalami kebocoran.
Difahamkan, sebelum kejadian itu, seorang pemandu kereta Peugeot telah melanggar batu tersebut menyebabkan keretanya mengalami kerosakan pada rim dan tayar. Mangsa melaporkan kejadian itu kepada pihak tol melalui talian hotline. Namun tiada sebarang tindakan yang diambil untuk mengalihkan batu besar tersebut sehingga menyebabkan Nursyafiqah menjadi mangsa kedua.
Beberapa minit kemudian, kereta ketiga Proton Satria Neo pula menjadi mangsa yang ketiga sehingga menyebabkan tangki minyak hitam kenderaan mereka bocor dan tidak dapat meneruskan perjalanan.
Mangsa pertama dah lapor, namun tiada tindakan
Mangsa kedua pula terlanggar sehingga bocor tangki minyak
Mangsa ketiga, bocor tangki minyak hitam
Tak boleh claim insurance highway atas alasan batu tersebut bukan datang dari highway
Enggan beri gambar batu untuk mangsa buat laporan polis
Menurut Nursyafiqah, mereka dimaklumkan bahawa mereka tidak boleh menuntut sebarang tuntutan ganti rugi dari pihak lebuh raya atas alasan batu tersebut bukan datang dari lebuh raya.
"Kami tak boleh claim insurance highway. Mereka kata batu itu bukan datang dari highway, batu itu jatuh dari kenderaan lain.
Kesan kebocoran akibat kejadian tersebut | Foto - Nursyafiqah |
Lubang di tangki minyak kereta mangsa kedua | Foto - Nursyafiqah |
Tangki minyak hitam kereta mangsa ketiga bocor | Foto - Nursyafiqah |
"Pemilik Satria buat laporan polis tetapi polis minta gambar batu sebagai bukti kukuh. Bila minta gambar itu dari pihak tol, mereka enggan beri kerjasama," katanya.
Kesal dengan tindakan pihak lebuh raya, Nursyafiqah memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya itu di laman Facebook kerana berang pihak tol berkenaan enggan bertanggungjawab. - The Reporter
loading...
0 Response to "3 kereta rosak terlanggar batu, mangsa dakwa pihak lebuh raya enggan bertanggungjawab"
Post a Comment