loading...
PERINGATAN: Perkongsian ini bukan mahu memburukkan mana-mana pihak. Namun sekadar perkongsian penulisan saudara Ir Meor Shamshir untuk bacaan umum.
Gambar hiasan sahaja | Google Images |
GUNTING DALAM SELUAR
Su, penjual kek datang rumah petang tadi. Su tinggal di Pengkalan Chepa. Menjadi rutin Su, setiap Jumaat dia akan datang ke rumah kami menjual kek. Kalau bisness dia tak menjadi, kami akan borong kek dia dan bagi jiran-jiran merasa.
Su adalah seorang ibu yang menanggung 7 orang anak. 5 bersekolah. Yang sulung anak lelaki. Tahun depan naik Tingkatan 5. Petang tadi, dia memohon bantuan untuk membeli sepasang seluar panjang untuk anak lelaki sulungnya.
Isteri saya tanya berkenaan anak-anaknya yang lain, sama ada nak pakaian sekolah yang baru atau tidak? Su kata, anak-anak yang lain tak kisah pakai yang lama. Lagi pun masih elok katanya. Dia hanya nak mohon bantuan untuk belikan seluar panjang untuk anak lelaki sulungnya saja.
Su cerita, seluar yang anak lelakinya pakai tu dah 2 tahun dipakainya. Ditakdirkan, bulan September lepas, cikgu buat spot check. Akibat kelihatan ketat, cikgu menggunting seluar anaknya di celah kangkang. Su kata, masa tu, duit nak makan dan wang saku sekolah pun tak cukup, apatah lagi nak belikan seluar yang baru. Masa ni, air mata Su dah mengalir.
Selama beberapa hari, anak sulungnya ke sekolah dengan memakai seluar yang terkoyak di celah kangkang. Semasa di sekolah, akibat seluarnya koyak, Su kata, cikgu bagi anaknya pakai kain pelikat semasa belajar.
Selepas beberapa hari, Su ikhtiar mencari seluar terpakai untuk anaknya. Mujur ada hamba Allah yang sudi sedekahkan. Itu pun ketat juga.
Seperkenalan kami, jarang Su meminta-minta. Dia akan ikhtiarkan mencari rezeki sendiri selagi dia mampu. Mungkin kali ini dia dah 'pushed to the corner'. Anak sulungnya itu pula, baik budaknya. Walaupun miskin, dia hormat ibunya. Belum pernah saya dengar Su merungut pasal anak-anaknya.
Saya merayu kepada guru-guru di sekolah supaya melihat anak-anak asuhan anda dengan mata hati. Bukan semuanya pemakai seluar yang ketat itu berfesyen dan sengaja mahu menonjolkan diri mereka. Pasanglah telinga. Bukalah mata. Ziarahlah anak-anak yang bermasalah ini sebelum menghukum mereka.
Menggunting seluar kerana ketat dan memakaikan kain pelikat kepada mereka apabila seluar yang digunting itu dipakai lagi ke sekolah bukanlah cara mendidik. Itu menghukum dan mengaib namanya.
Bersyukurlah cikgu, seluar cikgu lega sebab poket cikgu lega. Air mata orang miskin jangan dimain cikgu, yang lega boleh jadi ketat dibuatnya nanti. - Ir Meor Shamshir
loading...
0 Response to "'Anak Terpaksa Pakai Seluar Koyak Ke Sekolah'"
Post a Comment