Kanak-Kanak Melambung Dilanggar Lari

loading...

KUCHING - Seorang kanak-kanak lelaki, mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan dada selepas dilanggar sebuah kereta, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di Jalan Tol, Mohd Syaidatul Aiman, 8, dilanggar kereta jenis Proton Saga Aeroback berwarna biru sehingga menyebabkan mangsa melambung. 

Pemandu kereta yang tidak sempat dirakam nombor pendaftarannya itu bagaimanapun telah melarikan diri meninggalkan mangsa dalam keadaan cedera di tempat kejadian.

Mangsa yang cedera teruk di bahagian kepala, dada dan mukanya telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Serpihan dari kereta si pelaku yang melanggar mangsa | Foto - Netizen
Menurut ibu saudaranya, Farrah Jaraee, mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan masih belum sedarkan diri. 

Justeru, Farrah meminta pemandu kereta berkenaan tampil menyerah diri dan bertanggungjawab di atas kejadian yang menimpa anak saudaranya itu. - The Reporter
loading...

0 Response to "Kanak-Kanak Melambung Dilanggar Lari"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close