loading...
KOTA BHARU, KELANTAN - Semalam kecoh di media sosial, seorang netizen mendakwa sebuah kedai di Pantai Sabak menghidangkan Coconut Shake Orea bercampur katak.
Bagaimanapun, pemilik kedai berkenaan, tampil menafikan dakwaan itu melalui Sinar Harian.
Mohd Khairi Mohamad Sidik, 48, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4 petang semalam apabila dia dimaklumkan seorang pelanggan lelaki yang menemui amfibia berkenaan dalam minumannya.
Terkejut melihat katak itu, Khairi segera meminta maaf kepada pelanggan berkenaan.
"Saya sendiri tidak pasti bagaimana seekor katak boleh berada atau masuk ke dalam air minuman tersebut kerana saya dan pekerja sentiasa memastikan kebersihan makanan dan minuman yang dihidangkan kepada pelanggan kami," katanya.
Khairi menegaskan, segala kelengkapan membuat air termasuk mesin pengisar dan aiskrim sentiasa tertutup rapat dan jika benar katak itu masuk ketika kakitangan sedang membuat air tersebut, sudah pasti katak itu hancur dan larut bersama minuman tersebut.
"Tak masuk akal tetapi saya anggap ini semua sebagai ujian Allah SWT. Inilah ujian paling hebat sehingga membuatkan saya tersandar ke dinding ketika mengetahui perkara ini diviralkan oleh pelanggan. Dan pada ketika itu saya amat berharap dia dapat memaafkan saya serta memadamkan viral berkenaan.
"Saya juga tidak marah pada dia, tetapi tindakan dia viralkan perkara ini boleh menjejaskan perniagaan sama yang baru hendak meningkat naik. Saya harap pelanggan saya tetap datang ke kedai kami kerana kami sentiasa menjaga kebersihan," katanya. - The Reporter
loading...
0 Response to "Pemilik Kedai Nafi Hidang Katak Dalam Minuman Pelanggan"
Post a Comment