'Pengalaman Yang Buat Saya Serik Dengan Lens' - Gadis ini Kongsi Pengalaman Cemas Mata Luka Akibat Ada Bendasing Dalam Contact Lens

loading...
'Pengalaman Yang Buat Saya Serik Dengan Lens' - Gadis ini Kongsi Pengalaman Cemas Mata Luka Akibat Ada Bendasing Dalam Contact Lens

Contact Lens - antara alat bantu penglihatan yang sememangnya terkenal dalam kalangan remaja di negara ini, lebih-lebih lagi wanita.
Alat itu bukan sahaja boleh menggantikan pemakaian kaca mata, malah turut menjadikan mata seseorang lebih menyerlah dengan pelbagai warna dan gaya yang ditawarkan.
Namun disebalik gaya yang diberikan, sudah ramai pemakainya berkongsi pengalaman-pengalaman pahit mereka dengan Contact Lens. 

Terbaharu, seorang pelajar, Faerah Nabila berkongsi kisah cemas apabila selaput matanya terkoyak selepas penggunaan alat itu.

Ikuti perkongsian dari beliau...
Assalamualaikum semua,
Memandangkan akhir-akhir ni ramai yang saya tengok cerita pasal lens. Hari ini saya nak kongsikan pada anda semua tentang lens. Just sharing to all  ❤️
Pengalaman yang buat saya serik dgn lens. Sebenarnya saya bukan pengguna tegar lens pun . Jarang sangat la saya nak pakai benda tu, sbb kalau saya pakai mesti sakit kepala datang, saya pun tak faham kenapa org lain pakai ok jaa . Teringin tu mesti la ada kan . Tapi saya pakai bila ada makeup shoot. Kalau pakai lens lagi nampak menyerlah kan. Jadi saya pun terpaksa la pakai . Tapi tu pun kejap jaa lepas habis semua tu terus buang.
Ok lets staright to the point .
Sebelum ni saya pakai ok ja . Takda tanda-tanda yang meragukan . Tapi satu hari , Allah nak ingatkan saya. '
'JANGAN TERLALU TAKSUB DENGAN KECANTIKAN DUNIA'
Selasa,
Lebih kurang 2 petang , lepas habis kelas saya terus balik rumah siap-siap sebab ada makeup , ya saya masih seorang pelajar dan saya buat ni cuma partime untk tampung perbelanjaan .
p/s : bukan saya yang makeup , Mua yang makeupkan saya.
.
Selalunya saya memang akan pakai lens kat rumah siap-siap kemudian terus ke tempat makeup. Mua makeupkan saya lebih kurang 45 minit ke satu jam, masa tu Mua tengah letakkan bedak , dan masa tu mata saya dah kabur sebelah kiri. Saya biarkan ja saya fikir 'oh mungkin kena bedak tadi ' itu yang mata saya terkabur . Jadi saya biarkan , sampai ja part last pakai mascara .
Masih kabur lagi , saya tanya pada Mua, "ada benda ka dalam mata? sebab kabur". Dia jawab ada habuk mascara , kemudian dia tolong buangkan . Dengan harapan mata saya tak kabur dah .
Lepas habis ja , saya terus pandu kereta ke rumah kawan. Tengah-tengah pandu, mata still kelabu . Tapi sikit pun takde rasa sakit. Bila smpai ja rumah , saya terus bukak lens sebab nak check mana tahu kot ada habuk atau bendasing lain . Tapi takde pun .
Saya pakai lens semula. Bila pakai mata makin kabur . Masa tu saya takda rasa takut atau apa-apa lagi. Masih lagi berfikiran positif. Mata makin lama makin kabur, saya buka lens tu sekali lagi  nak pastikan ada benda atau tak
Uols tahu apa saya nampak ? πŸ˜”
Pada mulanya saya ingtkan lens tu yang terkoyak dan melekat kat mata saya, jadi saya cuba tarik sebab nak keluarkan. Saya fikir mungkin lens yang koyak tu dah halang anak mata saya sebab tu mata saya kabur , saya cuba tarik tapi tak tercabut. Cuba bayangkan , terkoyak tu sampai saya dapat tarik ruping yang koyak . Allahu😞.  Saya cuba periksa dekat lens tapi lens ok ja takda tanda-tanda koyak atau carik.
Mata saya tak sakit langsung masa tu, saya terus buang lens. Banyak kali saya periksa mata dalam kereta. Saya sentuh, tiba-tiba rasa macam sedikit geseran *kasar pada mata. Terdetik dalam hati "takkan mata aku koyak kot?".
Ya Allah jangan , aku tak nak "Aku tak nak kalau tak nampak ". Allah ja tau betapa risau , takut susah hati saya pada masa tu. Kawan saya request untuk ke klinik biar doktor yang periksa. Saya berkeras, saya rasa takkan sampai macam tu sekali . Saya tak percaya.
Dalam beberapa minit kemudian mata makin lama makin pedih. Bila saya dapat kesan macam tu, terus saya ke klinik berhampiran. Nak ke klinik mata jauh. Jadi saya cuma periksa dan dapatkan nasihat Doktor.
Dr klinik periksa dia cuma suluh pakai torchlight je dan dia beritahu, betul, terdapat kesan luka pada mata saya. Allah, nak luruh jantung saya waktu tu, nak menangis dah taktau nk buat apa.  Doktor tu tak boleh buat apa-apa , sebab dia bukan pakar mata , dia cuma cakap "jangan pakai apa-apa ubat titis. Takut lagi membahayakan", dan terus ke hospital untuk dapat rawatan yang lebih lanjut"
Masa tu mata dah rasa sakit sangat-sangat , tak boleh nak celik lama-lama , saya terus drive ke hospital, jarak lebih kurang 15-20 minit, saya dapat drive sekerat jalan ja sebab mata dah memang tak boleh buka sangat-sangat , pedih dan menitis air mata . Jadi saya tukar dengan kawan. Mata saya memang tak boleh buka. Bila buka, sakit yang amat sangat.
Sampai di hospital terus ambik rawatan . Lama jugak saya tunggu hampir dua jam nak jumpa dengan doktor, saya memang dah tak tahan sangat-sangat , mana-mana jururawat yang lalu saya panggil dan minta ubat tahan sakit. Memang sakit sangat-sangat, rasa nak nagis nak guling-guling memang sakit, saya diberi ubat titis. Tapi ubat tu cuma tahan dalam 2-3 minit macam tu ja. Lepas tu terus sakit balik.
Saya panggil lagi jururawat, tapi diorang tak dapat nak bagi ubat sebab takda ubat yang dapat tahan sakit tu. Saya di bawa ke bilik rawatan sementara tunggu doktor, jururawat tu cakap, dia tak dapat nak bantu apa-apa, dia cuma dapat tolong tengokkan ada apa dalam mata saya. Dia titiskan sedikir dye *pewarna iaitu warna kuning kat dalam mata saya. Sebab nak calar pada mata tu besar dan banyak mana. Lepas tu dia cuci pakai apa ntah dan yess, mata saya luka & tekoyakk 😭

Allahuakbar,
Dalam hati ni sangat-sangat risau. Saya diberi surat temujanji untuk berjumpa pakar mata pada keesokkan harinya. Sebab masa tu memang dah lewat malam sangat dah. Jadi saya pun balik.
Dengan dipimpin kawan saya, mata memang dah tak boleh buka langsung. Malam tu saya memang tak dapat tidur. Mata sakit sangat. Rasa macam kena cucuk-cucuk dgn pisau. Sumpah memang sakit sangat-sangat . Dengan air mata yg meleleh. YaAllah, ujian yg diberi sgt berat. πŸ˜“

Rabu,
Pagi tu mama kejutkan saya dan minta saya buka mata , mana tau kot boleh. Tapi masih tak boleh. Kali ni bila buka sakit dua kali ganda dari kelmarin, ibu bawa ke hosptal, dengan muka yang sangat-sangat lesu & pucat. Dengan jalan smbil tarik baju mama sebab pejam mata kan. Memang dah tak boleh nak tengok apa-apa.
Ambik nombor dan tunggu giliran ~
Sampai ja giliran saya , doktor pakar mata check. Ada luka dan tekoyak pada selaput mata. Dia cakap lagi kalau tak jaga betul-betul luka pada mata tu boleh jadi ulser , yang jadi putih-putih pada mata tu. Nasib adik belum jadi lagi. 50/50 ulser senang jadi.
Dia tanya saya: "kenapa jadi mcm ni?"
Saya jawab: "pakai lens" ,
Nampak macam dia nak marah masa tu , yela kan, sebab benda tu kita sanggup.
Dia tanya lagi: "pakai warna apa?".
Saya jawab: "warna coklat".
Dia balas: "Eh mata dah koko nak pakai koko lagi?"
Dengar tak dia , memang nak marah tu . tapi cover-cover..
Lepas tu dia pesan, jangan pakai dah lepas ni, bahaya, mata kita nak guna lama. Sayang la kan. Tak takut ka nanti rosak ka buta kaa. Stop la pakai benda-benda macam tu dan saya pun tanya kenapa boleh jadi mcm ni.
1. Mungkin sebab lens saya kotor
2. Mungkin sebab dijangkiti kuman
3. Pakai terlalu lama
4. Habuk pada lens
Tapi dia cakap, masalah saya mungkin disebabkan oleh makeup, sebab dia nampak dalam mata ada habuk mascara. Mungkin habuk tu jatuh dalam mata dan tersangkut bawah lens  Lens pulak bergerak-gerak jadi dia terguris mata kita.
Nak dekat seminggu jugak saya tak dapat buka mata dengan normal. Nasib la masa tu tengah cuti pertengahan semester, kalau tak habis la saya. πŸ˜–
Sengaja saya kongsikan untuk semua sebagai pengajaran, bukan nak salahkan lens atau sesiapa, atas diri sendiri saya juga salah. Tak pakai maka takkan jadi 😒 dan saya bukan niat nak takutkan semua.
Saya cuma nak kongsi apa yang telah saya lalui dan kita sama-sama jaga apa yg Allah hadiahkan untuk kita tu adalah yang terbaik untuk kita.
Sumber: Faerah Nabila
loading...

0 Response to "'Pengalaman Yang Buat Saya Serik Dengan Lens' - Gadis ini Kongsi Pengalaman Cemas Mata Luka Akibat Ada Bendasing Dalam Contact Lens"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close