loading...
Kemalangan berlaku tanpa diduga, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, sama ada diri kita sendiri, rakan, keluarga, mahu pun individu yang kita tidak kenali langsung. Sesuatu kejadian tersebut, boleh sahaja dikatakan sebagai kemalangan, walau tidak mendatangkan maut, atau kecederaan serius.
(Sebuah catitan berdasar pengalaman sebenar)
Hati Hitam berdalih, ramai lagi yang boleh membantu.
Hati Hitam berdalih, bahaya bantu orang kemalangan nanti kita pula dituduh penyebab kemalangan.
Hati Hitam berdalih, jika berlaku kematian kita akan didakwa.
Walhal, jika difikir semula setiap detik merupakan saat genting bagi mangsa kemalangan; antara parah, hidup mahupun mati.
Assalamualaikum, saya nak maklum kejadiaan sekian sekian berlaku di lokasi sekian-sekian melibatkan sekian sekian. Suara kuat tangisan ibunya kedengaran memecah sunyi pagi, seketika.. ibunya bertanya bagaimama keadaan anaknya?.
Soalan ini penulis nasihatkan tidak perlu dijawab. Jawab sahaja kami sedang tunggu bantuan pihak berkuasa dan doakan yang terbaik untuknya. Jika kita melapor keadaan sebenar, boleh menambah kerisauan & musibah lain kepada waris. Serahkan pada pihak hospital untuk melapor keadaan sebenar mangsa nanti. Kita hanya jalankan tugas untuk maklum perkara asas sahaja agar waris dapat bertindak membantu mangsa.
Walau berat hati, kami berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian, kelihatan mangsa di ajar zikir oleh Abang Bomba. Selebihnya kami serahkan pada pihak berkuasa, waris dan setulus doa ke hadrat Allah yang maha berkuasa penentu hidup dan mati. Inilah sedikit ikhtiar atau usaha kerdil, penulisan berdasar sekelumit pengalaman di pagi hari yang amat mendebarkan. Pengalaman membantu seorang insan di kala dia memerlukan.
Jika sedang memandu atau melalui lebuh raya, kita pernah berdepan dengan situasi melihat kemalangan, dan bagi kita, yang mempunyai satu tabiat untuk melihat, dan merakam atau mengambil gambar, akan menyebabkan lalu lintas menjadi sesak.
Tapi, apakah tindakan yang boleh dilakukan, jika kita berhadapan dengan kemalangan. Menurut saudara Syed Faizal Syed Mahmad, terdapat berberapa langkah yang anda perlu lakukan, jika anda merupakan orang pertama yang berada di tempat kejadian.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
8 Langkah Bantuan Apabila Terlihat Kemalangan Jalan Raya Di Depan Mata ( Saksi Pertama/ First Witness)(Sebuah catitan berdasar pengalaman sebenar)
Usai sahur dan subuh di pagi, Ahad, penulis memulakan perjalanan awal pagi menggunakan Lebuhraya Pantai Timur ( LPT) menghala ke Kuala Lumpur. Perjalanan pagi Ahad yang lengang, perut yang kenyang bersahur, ditambah jalan raya yang lurus dan sedikit berkabus boleh membuat mana-mana pemandu LPT "tenggelam dalam dunia sendiri".
Menghampiri persimpangan Lanchang, kira-kira jam 7.30pagi , tiba-tiba penulis terkejut di kejauhan terlihat percikan api dan asap dari sebuah kereta Myvi yang telah terbabas merempuh dinding bukit.
Terdetik jauh di sudut hati hitam ingin cepat-cepat menekan minyak berlalu melintas pergi sahaja.
Hati Hitam berdalih, ramai lagi yang boleh membantu.
Hati Hitam berdalih, bahaya bantu orang kemalangan nanti kita pula dituduh penyebab kemalangan.
Hati Hitam berdalih, jika berlaku kematian kita akan didakwa.
Walhal, jika difikir semula setiap detik merupakan saat genting bagi mangsa kemalangan; antara parah, hidup mahupun mati.
Aaah, ini tanggungjawab membantu insan kesusahan, lantas kaki sempat menekan brek melintasi sedikit Myvi putih yang tersadai di tepi bukit. Kelihatan kereta tersebut rosak teruk(total lost) dan pemandu lelaki usia lingkungan 20an terbaring di tepi longkang lebuh raya.
Takut dan tidak berani membantu? Buat-buat berani, luruskan niat,bantu kerana Allah; itu sahaja rahsianya.
Berikut langkah-langkah yang telah diambil untuk perkongsian bersama apabila berdepan dengan situasi kecemasan:
1. DAIL SEGERA 999
Segera capai telefon kita dan mendail 999. Tidak sampai dua detik, telefon bersambung terus ke operator. Suara operator, sedia dan setia membantu kita, insya-Allah. Perkara yang di minta nama kita, noombor telefon, kecemasan apa, dan lokasi kejadian.

Di mana lokasi tepat kejadian? Segera lihat pada papan kecil bernombor di tepi lebuhraya dan jalan itu menghala ke mana contoh: kejadian berlaku di KM 120 menghala ke KL. Nombor dan jalan menghala ke mana ialah kunci tepat bagi mengenal pasti di mana lokasi kita berada.
Operator akan segera menyambung talian ke balai bomba berhampiran; dalam kes ini Balai Bomba Temerloh. Pastikan pelapor senantiasa dengan telefon kerana, pihak berkuasa akan senantiasa berhubung dengan kita. Selepas bomba, pihak hospital akan berhubung dengan kita untuk manual Do and Don't dalam membantu pesakit.
2. DAPATKAN BANTUAN PENGGUNA JALAN RAYA
Amat sulit untuk membantu sebuah kemalangan apabila kita hanya berseorangan. Lambaikan tangan dan tahan kereta yang sedia membantu. Insya Allah rakyat kita amat prihatin dan sedia membantu. Siap sedia menipu pun ada; kita doa minta jauh dipertemu jenis ini. Dalam kes ini, penulis di bantu seorang pemandu pajero bersama isteri beliau.

3 . TENANGKAN MANGSA
Bab memberi bantuan kecemasan ini amat sulit jika kita bukan ahli. Sedikit kesilapan membantu dan mengalihkan orang yang terlibat kemalangan boleh menyebabkan kecederaan makin parah.

Kami tiada pilihan, mengalihkan sedikit mangsa agar darah tidak turun terlalu cepat jika bahagian kepala berada di tempat rendah. Alhamdulilah, beliau sedar dan mengadu sakit dada yang amat sangat. Kami bertanya soalan ringan, memberi kata semangat dan perangsang untuk memastikam beliau terus berkeadaan sedar.
4. CARI TELEFON MANGSA DAN HUBUNGI WARIS
Langkah seterusnya ialah maklum pada waris akan kemalangan yang menimpa. Kenapa perlu hubungi waris? Soalan ini kita boleh jawab sendiri.

Kami mencari telefon di merata rata tempat. Dalam kes ini, alhamdulillah telefon berjaya ditemui iaitu sebuah Nokia lama dan sebuah Iphone. Saya mengambil tanggungjawab menghubungi waris.
Klik recent call, tertera Abang; call tidak berjawab.
Nombor kedua Abah, call tidak berjawab.
Nombor ketiga Mama. Dalam kes ini, terbayang hiba & tangis seorang ibu apabila menerima berita buruk anakandanya. Tiada pilihan, call dan kali ini segera berjawab.
Klik recent call, tertera Abang; call tidak berjawab.
Nombor kedua Abah, call tidak berjawab.
Nombor ketiga Mama. Dalam kes ini, terbayang hiba & tangis seorang ibu apabila menerima berita buruk anakandanya. Tiada pilihan, call dan kali ini segera berjawab.
Assalamualaikum, saya nak maklum kejadiaan sekian sekian berlaku di lokasi sekian-sekian melibatkan sekian sekian. Suara kuat tangisan ibunya kedengaran memecah sunyi pagi, seketika.. ibunya bertanya bagaimama keadaan anaknya?.
Aahh..sukar sekali soalan ini.
Soalan ini penulis nasihatkan tidak perlu dijawab. Jawab sahaja kami sedang tunggu bantuan pihak berkuasa dan doakan yang terbaik untuknya. Jika kita melapor keadaan sebenar, boleh menambah kerisauan & musibah lain kepada waris. Serahkan pada pihak hospital untuk melapor keadaan sebenar mangsa nanti. Kita hanya jalankan tugas untuk maklum perkara asas sahaja agar waris dapat bertindak membantu mangsa.
5. KAWAL LALU LINTAS
Sementara menunggu bantuan kecemasan sampai, letakkan kon dan pasang isyarat kecemasan(ada di bonet kereta masing-masing). Hal ini amat penting bagi mengelakkan kemalangan kedua berlaku dan membantu kenderaan lain memperlahan kenderaan. Bayangkan awal pagi jam 8am, di jalan lurus, berkabus, dan serpihan kenderaan berselerak atas jalan raya. Kita bantu apa yang boleh.

6. KUMPUL BARANG PERIBADI
Kumpul barang peribadi mangsa (Dompet, handphone dan beg kecil) dan letakkan berhampiran mangsa. Perkara ini penting bagi mengelak kejadian curi. Di waktu kecemasan ramai juga yang suka mengambil kesempatan, usah disangka air yang tenang tiada buaya. Pastikan kita buat berdua dengan pengguna jalan raya yang lain, sebagai saksi jika terjadi apa-apa di kemudian hari. Serahkan barang ini sebaik saja pihak berkuasa sampai. SOP; Mereka akan segera ambil gambar barang yang dijumpai untuk rekod.

7. BERI KERJASAMA PENUH KEPADA PIHAK BERKUASA
Dalam kes ini bantuan jauh untuk tiba. Lanchang kawasan yang sedikit jauh akses dengan pihak berkuasa. Bomba tiba kira-kira 20 minit lebih, di ikuti Polis, peronda LPT, dan paling lewat tiba Ambulan. Abang Bomba segera menghulur bantuan kecemasan. Selaku saksi pertama, ketibaan pihak berkuasa bermakna tugas membantu sebagai orang awam telah tamat. Pihak Polis segera mengambil alih dan mengarahkan mana-mana pengguna jalan raya yang tidak berkenaan meninggalkan lokasi kemalangan.

Beri kerjasama sepenuhnya.
8. DOA UNTUK KESELAMATAN
Perkara yang terakhir boleh di buat ialah kita doa yang terbaik untuk mangsa yang terlibat.

اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذهِبِ البَأسَ اشفِ أَنتَ الشَّافِيء لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاوءُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
: Wahai Allah Tuhan manusia, hilangkanlah rasa sakit ini, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan yang sejati kecuali kesembuhan yang datang dari-Mu. Yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit dan bertambah penyakit lain.
Jika tidak hafal, doa saja apa-apa dalam bahasa Melayu. Allah Maha Mendengar doa hambanya. Kita berdoa untuk kesembuhan beliau dan menjauhkan segala musibah dari memimpa kita pula. Dalam kes ini, insya-Allah beliau dikurnia kesembuhan.
Walau berat hati, kami berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian, kelihatan mangsa di ajar zikir oleh Abang Bomba. Selebihnya kami serahkan pada pihak berkuasa, waris dan setulus doa ke hadrat Allah yang maha berkuasa penentu hidup dan mati. Inilah sedikit ikhtiar atau usaha kerdil, penulisan berdasar sekelumit pengalaman di pagi hari yang amat mendebarkan. Pengalaman membantu seorang insan di kala dia memerlukan.
Menulis hanya untuk beri panduan jika para pembaca mengalami situasi serupa di kemudian hari. Tidaklah kita pantas berlalu pergi, meninggalkan orang yang perlukan bantuan kita.
Jika ada niat untuk tidak membantu, cukup bayangkan diri kita atau saudara mara kita di tempat itu yang amat memerlukan namanya sebuah PERTOLONGAN.
loading...
0 Response to "Menjadi Saksi Pertama Insiden Kemalangan Di Jalan Raya, Ini Apa Yang Anda Harus Lakukan"
Post a Comment