loading...
Anak-anak merupakan anugerah terindah buat ibu dan bapa, mereka seperti kain putih yang harus dicorakkan oleh ibu dan bapa. Sejak dari kecil lagi, pelbagai pendedahan telah diberikan kepada anak-anak ini, agar mereka boleh membesar dengan baik, dan menyesuaikan diri mereka dengan rakan seusia.
Saya mula lazimi semula Al Quran..jika sebelum ni kadang-kadang saja baca Al-Quran, kini saya peruntukkan wajib setiap hari ada slot saya sendiri baca AlQuran. Antara maghrib ke Isya' saya akan tangguhkan semua agenda shopping beli barang dapur dan sebaginya, pastikan diri saya duduk mengulang Al-Quran.
Saya mula bertadabbur terjemahan Al-Quran, lalu saya bercerita pada anak terjemahan surah, datang pula minat anak untuk bertadabbur bersama.
Namun begitu, ada ketikanya akan wujud kesukaran untuk mendidik anak-anak, kerana bagi kanak-kanak, bermain adalah salah satu kepuasan diri buat mereka. Jadi, untuk memastikan kanak-kanak ini kekal dengan rutin yang sama, ianya memberi cabaran yang baru buat ibu dan bapa.
Begitu juga dalam didikan agama, semua ibu dan bapa mahu anak-anak mereka, pentingkan pelajaran agama, supaya dapat dijadikan pegangan sepanjang kehidupan mereka kelak. Dan ianya turut termasuk, dalam membaca, dan mempelajari al-Quran. Buat seorang ibu, iaitu Puan Siti Aminah Sulaiman, terdapat beberapa pendekatan yang digunakannya dalam memastikan anaknya minat untuk membaca al-Quran.
Mari kita ikuti, cara atau tip yang digunakan oleh Puan Aminah ini.
Saya dah lama sedar, jika kita selalu latih anak untuk baca Al-Quran setiap kali bila disuruh atau dijanji dengan reward, sebenarnya tak akan berjaya membentuk habit membaca Al-Quran
Jujurnya, anak saya juga saya 'besarkan' begini pada awalnya, walaupun dia mampu menghafaz hingga 5 Juz ada usia 5 tahun, tetapi itu hasil selalu 'disuruh' dan diupah 'reward'
Saya selalu buntu bila fikirkan nanti dah besar macam mana nak 'lekatkan' hati anak dengan AlQuran
Syukur Allah timbulkan kesedaran dalam hati sy awal. Tak jemu saya berdoa setiap masa supaya diberi petunjuk jalan kaedah yang tepat lahirkan anak CINTA Al Quran
Alhamdulillah kini pada usianya hampir menginjak 7 tahun saya nampak perbezaan besar dalam 'attitude baca Al-Quran anak'
Hingga beberapa kali keluar dari mulut anak, "Mak, I can't stop baca Al-Quran, dah ketagih ni..."
Lalu dia baca dalam suaranya yang paling merdu dan dalam diam air mata saya mengalir
Allah, tidak dapat saya gambarkan perasaan saya, bahagia yang amat. Rupanya Allah menegur saya, saya dulu perlu berubah.
Beberapa perubahan yang saya buat sebelum sayadapat nampak 'perubahan' dalam diri anak:
1) Saya berhenti MENYURUHSaya mula lazimi semula Al Quran..jika sebelum ni kadang-kadang saja baca Al-Quran, kini saya peruntukkan wajib setiap hari ada slot saya sendiri baca AlQuran. Antara maghrib ke Isya' saya akan tangguhkan semua agenda shopping beli barang dapur dan sebaginya, pastikan diri saya duduk mengulang Al-Quran.
Saya mula nampak perubahan anak pada masa ni, mulanya dia hanya tengok dengan ekor mata,
Hari seterusnya bila saya konsisten mengulang Al-Quran, dia mula bawa rehal dan Al Quran dan dia mengulang surah-surah juzuk yang dah dihafaz
Saya tak perlu 'SURUH' lagi dan ia berlangsung setiap hari.
2) Kami Baca Bergilir Ayat Al-Quran
Setiap hari Jumaat wajib kami buat Halaqah, duduk dalam bulatan, baca Surah Al kahfi bergilir-gilir
Setiap hari Jumaat wajib kami buat Halaqah, duduk dalam bulatan, baca Surah Al kahfi bergilir-gilir
Maklumlah Surah Al Kahfi kan panjang, cara untuk mudahkan anak mengulang surah ni ialah secara bergilir-gilir
Alhamdulillah, dapatlah baca bersama seluruh Al Kahfi
3) Tadabbur Terjemahan Al-Quran Saya mula bertadabbur terjemahan Al-Quran, lalu saya bercerita pada anak terjemahan surah, datang pula minat anak untuk bertadabbur bersama.
Kemudian kami tadabbur makna ayat-ayat yang anak dah hafaz, saya nampak sinar dimata anak bila dia mula tahu makna-makna ayat yg dia hafaz sebelum ni
MasyaAllah, indah bercinta dengan Al-Quran
4) Cuba Hafaz Sama-Sama
Jika sebelum ni selalu saya minta anak menghafaz sendiri, terbaru ni saya cuba menghafaz sama-sama Surah Al Dzariyat
Jika sebelum ni selalu saya minta anak menghafaz sendiri, terbaru ni saya cuba menghafaz sama-sama Surah Al Dzariyat
Baru saya tahu susahnya menghafaz dan faham apa yang anak lalui. Letak diri kita juga dalam kasut anak untuk faham peritnya dia berusaha menghafaz
5) Puji Anak Depan Suami
Bila nampak anak saya mula nak baca Al-Quran tanpa disuruh, saya bercerita perihal anak pada suami
Bila nampak anak saya mula nak baca Al-Quran tanpa disuruh, saya bercerita perihal anak pada suami
Biasanya akan bertambah merdu bacaannya mungkin sebab sangat gembira. Seriously saya dah berhenti semua reward dan tutup mulut dari suruh anak mengulang Al Quran
Saya nampak yang kita dulu perlu JATUH CINTA dengan Al-Quran, baru mampu nak lahirkan anak PENCINTA AL QURAN
Ibu bapa perlu rasa RISAU bila selalu janji rewards untuk anak baca AlQuran, Segera TAKE ACTION dan berubah
Sama-sama kita lahirkan keluarga cinta Al-Quran
loading...
0 Response to "Wanita Ini Kongsi Tip Bagaimana Untuk Latih Anak Cintakan Al-Quran Sehingga Terungkap Kata "Mak, I can't stop baca Al-Quran, dah ketagih ni..""
Post a Comment