loading...
Assalamualaikum. Tidak tahu dari mana aku nak mulakan. Ok, aku adalah isteri kedua,tapi jangan syak yang bukan-bukan, bukan aku yang pergi mencari suami, tapi mereka yang mencari aku. Aku boleh dikatakan andartu, yer sudah 35 tahun masih belom berkahwin, calon pun tidak ada, bila maduku datang meminang aku untuk suaminya, aku agak terkejut. Tapi setelah perbincangan dengan keluarga, semua orang bersetuju memandangkan niat mereka baik. Mungkin maduku sememangnya ikhlas.
Majlis ringkas, namun cukup buat andartu seperti aku. Ramai yang memuji madu aku itu. Betol ker ada wanita yang tidak kisah bila suaminya berkahwin lagi? Katanya bila suami berhasrat untuk berkahwin lagi , dia tiada alasan untuk melarang kerana suaminya lebih dari mampu, dia mengizinkan tapi dengan syarat dia sendiri memilih calon untuk suaminya. Perkahwinan itu jadi buah mulut orang, walau kami bukan sekampung, tapi satu daerah, isu sebegini sememangnya cepat tersebar, lebih-lebih ramai yang kenal kerana butik aku berada di tengah bandar.
Seminggu berkahwin memang indah, tapi selepas itu serba serbi tidak kena. Biasanya isteri pertama digambarkan amat baik, teraniaya dan lemah lembut. Madu aku sememangnya lemah lembut, tapi setiap kata-katanya begitu menikam hati. Walau giliran sudah ditetapkan, well dia yang tetapkan pada malam pernikahan depan orang ramai sambil gelak-gelak dalam nada bergurau.
Namun sejak dua minggu lepas suami langsung tidak jenguk atau bertanya khabar berita, apa lagi untuk wassup kata rindu. Bila aku telefon madu aku akan jawab, disindir dengan kata-kata yang tidak sanggup aku taip kat sini, padahal tidak salah rasanya untuk aku bertanya khabar suami sendiri. Orang kata bila kita menjadi isteri kedua, kita kena banyak mengalah demi menjaga hati yang nombor satu, aku cuba bersabar.
Petang itu aku menerima panggilan dari madu yang mengatakan, suami bukan tak nak balik umah aku, tapi katanya suami tension, syarikatnya belum dapat payment dari projek kerajaan, yer la biasa agak lambat baru dapat, gaji pekerja sudah 2 bulan tidak berbayar berjumlah 50 ribu. Aku minta suami balik untuk berbincang, setengah jam berlalu dan suami tercegat depan butik.
Bila ditanya baru berterus terang katanya tidak mahu susahkan aku. Aku berjanji akan tolong. Wang bukan satu masalah pada aku. Bila duit diberi, suami hilang lagi. Tiga hari selepas itu baru dia menjawab panggilan telefon aku, katanya pembekal semua mahukan duit mereka, sekiranya tidak dibayar hutang dulu mereka tidak akan memberi bekalan projek yang baru, dan semua orang pun tahu sekiranya perojek tertangguh company akan kerugian. Sekali lagi aku keluarkan duit dan menolong suami.
Esoknya madu telefon ajak keluar, teman dia shoping katanya. Tempat pertama yang dia ajak masuk adalah kedai emas kegemaranya, bila melihat dia bergelak ketawa di dalam kedai tersebut kita tahu madu aku adalah pelanggan tetap. Malah madu aku bergurau bahawa aku ini madu dia yang kaya, banyak duit dan aku nak belanja dia beli gelang emas yang mahal. Aku Cuma tersenyum. Tapi bila dia selesai memilih, dia mengisyaratkan aku bayar, nak tak nak aku terpaksa berlari ke atm terdekat. Selepas bermacam perkara yang aku terpaksa bayar aku lagi, aku sedar niat mereka yang sebenar. Rupanya wang aku yang dihajati.
Kalu begini aku sanggup hidup seorang diri sehingga ke akhir hayat. Aku kini dalam proses bercerai, itu pun masih tidak malu untuk meminta duit.
loading...
0 Response to "Aku Dipinang Oleh Isteri Pertama Suami Dan Selepas 2 Minggu Kahwin, Tak Sangka Inilah NIAT Mereka Ambil Aku Jadi ISTERI KEDUA !!!"
Post a Comment