loading...
SUSULAN tindakan peniaga ubat pil kuat seks menggunakan gambarnya tanpa kebenaran dalam mempromosikan produk mereka, penyanyi no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Siti yang terkejut dengan penyebaran iklan itu menegaskan tindakan peniaga yang menggunakan nama dan gambar beliau dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa adalah satu kesalahan besar.
Peniaga tersebut sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi sebuah iklan di laman Instagram yang kemudian dikongsikan kepada akaun pengguna.
Promosi tersebut yang muncul dalam bentuk iklan di laman sosial pengguna kemudiannya dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk.
Kredit: mybuletin.net
loading...
0 Response to " Respons Dato' Siti Selepas Gambarnya Bersama Dato' K Disalah Guna Penjual "Ubat Kuat"!"
Post a Comment