loading...
"Aku menyesal,jangan ulangi kesilapan aku" itulah kata-kata kelur dari hati seorang ibu bernama Ika Tieqa selepas mendakwa kerana kecuainya anaknya terpaksa menanggung derita menahan kesakitan selepas anaknya tertelan Hidrogel atau water beads.
Beliau memuatnaik sebuah pos yang menasihatkan supaya ibu bapa diluar sana ambil perhatian serius mengenai perkara ini di mana gara-gara hidrogel anaknya terpaksa menjalani pembedahan usus.
Jom kita baca.
SHARE sebanyak mungkin. Apa yg sy lalui ni, sy tak nak berlaku dekat baby2 aktif lain.. tlg lah...
terima kasih yg mendoakan lily.. jasa korang tk terbalas.. semoga cerita ini menjadi iktibar...
aku mengharamkan mainan ni (rujuk gambar kt bawah) sejak dulu. aku pantang nampak benda ni. its ok kalau dia dah direndam dalam air tp kalau benih yg belum di rendam tu, tlg lah..Buangkan nya ! aku menyesal.. aku sgt menyesal ...
Hari jumaat malam, iriss main benda ni. tak tau la mana dia dpt.. dia sorok2.. kemudian benda tu tertumpah! budak yg dalam gambar ni, nama dia lily.. aku lebih suka panggil ica sebab tiap kali panggil ica, dia akn toleh dan senyum...ica 10 bulan.. masih tktahu ape2 dan obses dgn makanan ..semua makanan..mungkin ica ingat tu makanan.. ica makan.. bila aku sedar dia main benda tu, rupanya,, ica dah termakan sebiji dari benih tu.. tanpa aku sedar!
Aku ni mmg jenis alert dgn kesihatan anak2 aku. kalau tunjuk reaksi negetif, mmg aku cpt 2 bawak at least pergi klinik.
kesan dari benda ni dia sangat cepat. dalam dua jam, ica muntah2. aku tk syak lagi dia makan benda tu. aku ingt dia muntah kahak.. 3 kali dia muntah malam jumaat tu.. hari sabtu, aku cadang nak pegi spesialist allen batu pahat, gigih aku bangun awl pagi.. sampai2 je , klinik tutup.. aku patah balik pt raja.. haritu, ica muntah 8kali.aku pegi klinik pt raja.. dia bagi ubat demam dan tahan muntah.. doc ckp ica keracunan makanan..
aku beri ubat tu tp ica tetap muntah dan muntah.. Allahuakhbar.. kuasa Allah tu besar.. Hati aku asyik terpikir benda bulat ni.. walaupun kadang ada bisikan yg menafikan tp perasaan aku benar.. benar2 rasa yg ica termakan benda tu. Hati aku kuat cakap ...
hari ahad, aku pegi dr allen.. pagi2 aku pegi.. pagi tu sblm jam 12, 5 kali ica muntah.. doc bagi ubat tahan muntah dan demam..lepastu doc kata ica keracunan..tp Alhamdulillah.. doc pesan.. "i bagi u ubt tahan muntah. sekali bagi cukup, kalau lepas bagi dia muntah lagi, bawak pegi hospital"
Aku bagi ica ubat tahan muntah.. dalam masa 3 jam.. sampai pkl 3, ica muntah lebih 6kali (tak termasuk pagi ahad tu) aku terus pegi putra hosptal.ya, aku tak mampu ckp dgn doc tu yg ica termakan benda asing ni sb aku tak nampak. ahad malam tu.. hati aku meronta2.. bagai menjerit..kalau boleh malam tu jugak aku nk call doc yg rawat ica..nak bgtau yg ica termakan benda ni..ica dah muntah hijau... hari ahad, lebih 25kali ica muntah.. ica tk mkan.. hari sabtu ahad dia tk makan ape pun. semua keluar balik...
Aku? tak tidur..Berdoa tk lekang dari hati.. semoga Allah pindahkan sakit tu kt aku.. semoga ica sihat mcm selalu..ya allah..rindunya kt si kecik tu...
Malam ahad tu.. ica lemah sgt.. aku nekad bgtau kt nurse apa kata hati aku.. dia beri ica ubat tahan sakit dgn antibiotik.. ica tidur tp sekejap2 bangun.. aku ingt lagi, ptg ahad tu, doc ckp dah bagi ubt muntah paling kuat tp kenapa ica muntah lagi??
Hari isnin pagi, 8 pagi lebih, doc dtg.. Aku cerita semua dkt doc padahal doc dtg tu , aku baru bangun tidur.. sb letih sgt dah berapa hari tidur sejam dua...peduli apa..air liur basi ke ape ke, aku ttp nak bgtau doc yg ica sebenarnya tertelan benda tu. Alhamdulilah doc tu amik berat ape yg aku ckp. dia suruh pergi xray, scan ape semua.. dan mmg nampak usus ica bulat.. usus dia tersumbat sb ada benda sedang mengembang dalam usus dia..
Allahuakhbar..Longgar lutut aku.dengan laki aku tkde (urus anak sekolah) nak tk nak aku kene hadap. tkde mase la nak cari bahu nak nangis. aku gagah jugak senyum dpn ica.. dia nangis sambil tangan dia mengapai2 tangan aku.. aku peluk dia.. Aku bisik.. "ica kene kuat sb mama tk kuat.." dia terus merengek pelan2...
lepas scan semua, pakar bedah dtg.. Allah time tu aku terus stanby duit , angka2 puluh ribu bermain dlm kepala aku.. ica mesti kene bedah..
doc cadangkan hosp gov.. dia kata pakar terbaik.. doc yakinkan aku. siapa aku utk menidakkan kata2 doc? aku pun setuju dgn suggestion dia.aku redha dan berserah pada Allah.. HSI menjadi pilihan doc.. Aku angguk.. tak daya.. tak makan ape pun dari pagi.. selera hilang ...
sejam lepastu ambulan sampai dan kami pun dibawa ke HSI. Allah ramainya org.Aku takut kalau pembedahan ica ditunda..
TAPI AKU SILAP!
Doc perempuan dari HSA. PAkar terbaik aku pernah jumpa.. kata2 dia tak melumpuhkan semangat aku. setiap kata2 dia buat aku berserah sepenuhnya kepercayaan membawa ica dalam tangan dia..
ica muntah.. Hitam.. doc tu cakap "adik muntah?... sikit je ye dik.. sian adik" lembut longai hati aku dengar. perasaan takut langsung hilang. aku setuju nak buat pembedahan.. tp doc terangkan.. satu persatu.
Kemungkinan pembedahan usus akan dipotong sekiranya berlaku usus itu rosak.yang kedua kemungkinan akan buang air besar menggunakan kantong beg utk beberapa ketika..
luruh hati beb bila dengar camni...aku sign segala surat. make up aku? tkde. dah mcm org gila aku tau tak. aku bersila depan dewan bedah.. aku tgu ica.. aku tk nangis.. insyaallah.. jika Allah izinkan, ica akn kembali pulih..
Aku percaya dgn doc tu.
Selama 2 jam 30 min aku tk berganjak dari depan bilik bedah..aku tgu ica..at last doc panggil aku.. masuk je bilik doc, fuhh terperanjat gila kot ! besar gila ! usus ica bengkak.. nasib baik aku bawak ica awl.. kalau sampai sel usus rosak, mmg kene potong la usunya.. bersyukur berjuta kali ya allah... pembedahan berjaya dan lily stabil cuma skrg dia tidur.. belum bangun lagi..
Bola tu serap air.. bola tu sgt seram bila tengok.kau bayangkan bola tu bila kene air dia just kembang dan bila dipicit dia akn musnah,tp yg ni, keras pejal dan semakin membesar dan tahu tak doc tu cakap ? "ada lebih besar dari ni !"
Aku tk tahu nak ckp ape cum bersyukur.mungkin benda ni korang anggap remeh tp , bila kau yg hadapi benda ni, sumpah kau serik.. tlg la.. aku menyesal sgt sb tk buang benda ni waktu nampak iriss bawak masuk.. aku menyesal sgt !
Tolong jangan ulangi kesilapan aku. sb kecuaian aku, perut anak kecik yg masih tktau ape2 tu dah kene belah.. sumpah menyesal!
doakan ica ye.. supaya bagun dan usus pulih dgn baik.. terima kasih
loading...
0 Response to ""Kerana Aku Cuai, Perut Anak Kecil Aku Kena Belah Selepas Tertelan Baby Crystal," Nasihat Ibu Kepada Ibu Lain Diluar Sana"
Post a Comment