.“Apa yang penting, saya selesa berkawan dengannya

loading...

Bermula dengan beberapa gambar mesra yang dimuat naik ke laman sosial, ramai peminat menyangka Jep Sepahtu sedang hangat bercinta dengan Sari Yanti. Bagaimanapun, bagi Jep buat masa ini, hubungan ‘persahabatan’ tersebut tidak pasti berada pada tahap yang bagaimana, namun beliau akui selesa berkawan dengan pelakon jelita tersebut.
“Apabila saya berkawan dengannya, semua pihak tidak kira di sebelah dia atau saya mendoakan yang baik-baik dalam perhubungan ini. Saya hanya mampu mengaminkan doa masing-masing. Tetapi apabila ditanya mengenai status perhubungan kami, sukar untuk saya menjawabnya”
Pun begitu, Jep enggan kisah persahabatan mereka diperbesarkan oleh semua pihak kerana hubungan yang terjalin juga masih baru, malah masing-masing juga jarang berhubung atas komitmen kerja yang sibuk. Selain itu, Jep akui dirinya juga tidak tahu bagaimana untuk menilai hubungan itu kerana masing-masing tidak pernah mengisytiharkan apa-apa.“Apa yang penting, saya selesa berkawan dengannya. Dalam hal ini, saya tidak tahu untuk meletakkan nilai persahabatan kami pada tahap yang mana,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai hubungan persahabatan ‘teman tapi mesra’ diantara mereka yang terjalin. 
Tapi bak kata orang kalau dah jodoh tidak ke mana. Lagi pula persahabatan diantara Jep dan Sari Yanti memang disokong penuh oleh peminat kedua selebriti itu. Ramai juga yang cakap mereka ini sepadan bersama, sama-samalah doakan yang terbaik buat mereka. 







loading...

0 Response to ".“Apa yang penting, saya selesa berkawan dengannya"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close