loading...
The Crusades: Satu perspektif Arab di dalam dokumentari empat siri yang menceritakan kisah dramatik perang salib menerusi mata Arab, dari rampasan Baitulmaqdis (Jerusalem) oleh Pope Urban II pada 1099, penawanan semula oleh Salahuddin Al-Ayubi (turut dikenali sebafgai Saladin), cubaan rampasan semula oleh Richard the Lionheart's dan tamatnya perang suci pada 1291. Siri ini bersumberkan siri yang sama yang dikeluarkan oleh Al-Jazeera dan digubal supaya bersesuai dengan bahasa Melayu.
"Tentera salib selama ini bergantung dengan memecah belahkan orang Muslim untuk menguruskan mereka satu persatu, terima kasih kepada pemerintah mereka (orang Muslim) yang berfikiran sempit. Tetapi sekarang, satu barisan bersatu telah dilahirkan (hasil dari penyatuan Aleppo dan Mosul oleh Imad Ed-Din Zengi)," kata professor sejarah di Universiti Sharjah, Muhammad Moenes Awad.
Perang Salib Kedua
Kekalahan di Edessa tidak dipandang remeh oleh Eropah. Pada 1147, Pope Eugene mengadakan perjumpaan agama untuk mengajak perang salib kedua, yang mana diketuai oleh dua raja Eropah iaitu, Louis VII dari Perancis dan Conrad III dari Jerman.
Bahagian 1: Perang Salib: Bagaimana Perang Salib Pertama Tercetus & Baitulmaqdis Ditawan
Pada awal abad ke 12, tentera salib bukan sahaja berjaya menawan Baitulmaqdis, malah turut berjaya menakluk sejumlah besar kawasan jajahan Muslim.
Berita penaklukan itu mengejutkan dunia Muslim - yang merupakan satu kuasa besar untuk empat abad sebelumnya.
Dengan penawanan Baitulmaqdis, tentera salib mula membina sistem baru untuk mengawal tanah-tanah yang sudah mereka takluki.
Tentera salib menghalau ramai penduduk asal negara itu, termasuk Muslim, Yahudi serta Kristian timur dan mula memenuhkan Baitulmaqdis dengan pendatang yang tiba dari Eropah Barat.
"Mereka (pendatang) itu adalah hamba dan orang suruhan dan tidak mempunyai hak langsung di Eropah. Apabila mereka datang (ke Baitulmaqdis), keseluruhan hidup mereka berubah apabila mereka menjadi tuan tanah. Status sosialnya berubah begitu juga dengan demografik dan struktur kelas sosial," jelas Afaf Sabra, professor sejarah di Universiti Al-Azhar.
Pada Julai 1100, Baldwin of Boulogne, salah seorang pemimpin perang salib pertama, ditabalkan sebagai Baldwin I, Raja Jerusalem.
"Dengan penubuhan kerajaan Jerusalem, daerah Edessa dan Antioch, pengembangan ke tanah Arab menjadi lebih mudah. Pemimpin koloni baharu mula mengembangkan kekuasaan mereka dengan mudah", kata Qassem Abdu Qassem, ketua jabatan sejarah , Zaqaziq Universiti.
Aleppo dan Peperangan Ekonomi
Dalam masa sedekad, kebanyakan kawasan pantai di timur Mediterranean(Syam) telah ditakluk oleh tentera salib. Dan kawasan Kristian di timur kini sudah menjadi empat, dengan tambahan negara baru di Tripoli.
Dalam masa sedekad, kebanyakan kawasan pantai di timur Mediterranean(Syam) telah ditakluk oleh tentera salib. Dan kawasan Kristian di timur kini sudah menjadi empat, dengan tambahan negara baru di Tripoli.
"Kawasan pantai amat penting bagi tentera salib bagi menyalurkan peruntukan dan untuk membawa pendatang masuk melalui pelabuhan. Jadi, menakluki kawasan persisir pantai sangat penting dalam taktik tentera salib," kata Jan Vandeburie dari School of History di Univerisiti Kent.
Perang ekonomi tidak lama kemudian mendominasi perang salib dan pemangku raja Antioch, Tancred, mula membariskan askarnya ke arah Aleppo, yang menjadi pusat perdagangan di Syam pada ketika itu.
Pemerintah Aleppo, Radwan - yang disifatkan sebagai seorang tidak teguh dan suka merendahkan diri - mempunyai hubungan baik dengan tentera salib. Menurut portal Al-Jazeera, Radwan dikatakan sanggup meletakkan lambang salib di masjid Aleepo, yang mana menyebabkan bantahan hebat dari rakyat tempatan yang kemudian bangun menentang pemerintahan bermuka-muka itu.
Pemberontakan mula tercetus dan orang Muslim memaksa khalifah di Baghdad - seorang yang dikatakan lemah - untuk bertindak. Abbasid Caliph Al-Mustazhir meminta bantuan dari pelindungnya, Sultan Seljuk.
Gabenor Mosul, Mawdoud, diarahkan untuk mengumpul tenteranya dan menamatkan kepungan tentera salib terhadap Aleppo. Mawdoud berjaya memaksa tentera salib berhenti dari mengepung Aleppo kerana entiti tentera salib yang lain tidak mahu menyokong mereka. Namun, pemerintah Aleppo, Radwan, enggan membenarkan tentera Mawdoud memasuki bandar tersebut.
"Pada masa sama, Gobenor Damascus (Damsyik), Toghtekin diserang oleh kerajaan Jerusalem. Tentera Mawdoud menghulurkan bantuan untuk Toghtekin bertahan dari serangan itu. Mawdoud bertemu dengan Raja Baldwin di dalam satu pertarungan berdekatan Tiberias yang dikenali sebagai pertarungan As-Sannabra dimana ketika itu tentera Muslim berjaya mengalahkan tentera Salib," kata Sabra.
Toghtekin mengalu-alukan Mawdoud dengan kesyukuran selepas kejayaannya di pertarungan As-Sannabra, namun membunuhnya selepas itu.
Imad Ed-Din Zengi dan Kebangkitan Muslim
Gabenor Mosul yang baharu, Imad Ed-Din Zengi, merampas kawalan terhadap Aleepo pada 1128. Penyatuan Mosul dan Aleppo bermakna pengawalan terhadap gerbang besar antara kawasan dalaman di Syam dan ke arah Mesopotamia", kata Ahmad Hetait, bekas dean di Fakulti of Seni di Universiti Islamic.
Hasilnya, jalan perdagangan dan perhubungan antara Antioch dan Edessa, bersama negara Tripoli dan Kota Jerusalem, terpaksa mengharungi halangan yang besar.
Foto: Wikipedia |
Dengan Damascus berada dibawah perlindungan gencatan senjata dengan Jerusalem, Imad Ed-Din Zengi mula bersiap sedia untuk kejayaan ketenteraan terbesarnya: Pada 25 Disember 1144, tenteranya menyerang dan menawan County of Edessa dalam masa beberapa jam sahaja. Edessa adalah negeri pertama tentera salib tapi sekarang ianya menjadi negeri pertama yang ditawan semula oleh Muslim.
"Ini merupakan pencapaian besar dan titik mula kebangkitan semula jihad orang Muslim di Timur Dekat. Ia merupakan kekalahan besar pertama tentera salib dan ini menujukkan mereka sebenarnya boleh dikalahkan dan kebangkitan Muslim boleh memulakan rentak," kata Jonathan Philips, profesor sejarah di Royal Holloway, Universiti London.
Kemenangan Imad Ed-Din Zengi di Edessa adalah titik perubahan besar; ia meningkatkan semangat orang Muslim untuk berjuang. Bagaimanapun, dua tahun selepas itu, Imad Ed-Din Zengi dibunuh oleh hambanya sendiri. Dia kemudian diganti oleh anak lelakinya, Nour Ed-Din.
Perang Salib Kedua
Kekalahan di Edessa tidak dipandang remeh oleh Eropah. Pada 1147, Pope Eugene mengadakan perjumpaan agama untuk mengajak perang salib kedua, yang mana diketuai oleh dua raja Eropah iaitu, Louis VII dari Perancis dan Conrad III dari Jerman.
Pada musim panas 1147, tentera mula berarak menuju ke tanah suci dan selepas hampir setahun, angkatan tentera Jerman dan Perancis tiba di Jerusalem.
Tidak lama selepas itu, mereka melancarkan serangan ke Damascus, yang mana berakhir dengan bencana.
"Mereka berundur, ianya bukan satu pertarungan yang hebat. Mereka bukannya dikalahkan dalam pertarungan yang epik, mereka dikalahkan dengan begitu mudah sahaja. Dan ia memberi tamparan hebat kepada tentera salib di barat," kata Philips.
Enam tahun kemudian, Nour Ed-Din akhirnya berjaya menawan Damascus, bandar yang gagal mereka tawan sebelum ini.
Qassem Abu Qassem menyifatkan Nour Ed-Din Zengi sebagai seorang pemimpin yang sangat mengabadikan diri dengan prinsip jihad. Nour Ed-Din Zengi berkata dia mengupayakan orang Muslim mengambil semula tanah yang dijajah dan Baitulmaqdis dengan menyatukan orang Muslim dibawah satu bendera.
"Ketika inilah satu kebangkitan Islam dilahirkan. Ianya sudah berlaku sebelum ini(ketika Imad Ed-Din Zengi ) tetapi pada kali ini ia berlaku dengan lebih tersusun lagi", simpul Afaf Sabra.
Sumber: Al-Jazeera
loading...
0 Response to "Perang Salib: Reaksi Orang Muslim Selepas Baitulmaqdis Jatuh Ke Tangan Tentera Salib, Imad Ed-Din Zengi & Perang Salib ke-2"
Post a Comment