loading...
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar astrofizik PhD Malaysia, Nur Adlyka Ainul Annuar dan kumpulannya yang terdiri daripada ahli astronomi yang telah menemui kewujudan bukti lubang hitam di dalam galaksi terdekat.
Penemuan ini telah dibentangkan di dalam sebuah sidang akhbar pada mesyuarat American Astronomical Society di Grapevine, Texas semalam.
Adlyka yang sedang mengikuti pengajian PhD di Pusat extragalactic Astronomi, Universiti Durham, United Kingdom bersama penyelidik British yang sedang bertungkus lumus analisis menggunakan teleskop X-ray terbaru milik agensi Angkasa Amerika(NASA) iaitu NuSTAR (Nuclear Spectroscopic Telescope Array
Dia dan para ahlis astronomi lain telah mengupas mengenai topik "Black Holes, Green Galaxies, Old Stars & NuSTARs" di mana hasil kajian beliau mendapati bahawa galaksi mempunyai kolum tebal gas membolehkan lubang hitam bersembunyi dari padandangan teleskop di sebalik gas dan debu.
"Lubang hitam ini terletak agak berhampiran dengan galaksi Bima Sakti, tetapi mereka kekal tersembunyi dari kami sehingga kini, mereka seperti raksasa bersembunyi di bawah katil anda," katanya dipetik dari portal NASA.
Anak kelahiran Muar, Johor ini ditugaskan memberi tumpuan mencari lubang hitam aktif supermassive yang berlindung disebalik awan tebal gas dan debu di alam semesta.
"NuSTAR dapat mengesan tenaga yang tinggi dari pelepasan X-ray dari lubang hitam yang dapat menembusi melalui tebal lapisan gas dan debu. "
"Mencari 'hidden beast' ini agak penting untuk meningkatkan pemahaman kita mengenai pertumbuhan lubang hitam supermassive, dan bagaimana mereka berkembang dengan galaksi perumah mereka," katanya lagi.
Lubang hitam supermassive adalah ditakrifkan sebagai lubang hitam yang saiznya adalah sekurang-kurangnya satu juta kali besar daripada matahari.
Adlyka yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Fizik dan Astrofizik dari University of Sheffield, United Kingdom merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan dijangka menyiapkan tugasan PhD beliau dalam Astrofizik pada akhir Julai 2017.
Sumber: NST, NASA
loading...
0 Response to "Pelajar PhD Dari Malaysia Berjaya Buktikan Kewujudan Lubang Hitam Supermassive, Satu Juta Kali Ganda Lebih Besar Daripada Matahari"
Post a Comment