loading...
Uttarakhand, India: Seorang suami sanggup bertindak kejam dengan memasukkan kayu pencanai ke dalam dubur isterinya kerana didakwa mandul sehingga hampir membuatkan wanita itu maut, lapor DailyMail.
Wanita berusia 38 tahun itu telah dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Kerajaan Dr Sushila Tiwari di Haldwani, Uttarakhand, utara India selepas mengadu sakit perut teruk.
Pada mulanya pasangan suami isteri dari Nepal berkenaan telah pergi ke hospital tersebut selepas mangsa mengalami sakit perut teruk selama beberapa hari.
Doktor yang menjalanakan ujian X-ray tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan di dalam perut wanita berkenaan namun selepas menjalankan pembedahan yang dianggotai oleh lima orang doktor mereka menemui kayu pencanai sepanjang 40 sentimeter di dalam usus wanita itu.
Dr Kedar Singh Shahi, seorang pakar bedah am di hospital yang telibat dalam pembedahan menyatakan mereka amat terkejut apabila menjumpai kayu pencanai berkenaan.
"Kami sangat terkejut, kami tidak menyangkan akan menjumpai kayu tesebut di dalam usus wanita tersebut."
"Ketika ujian x-ray dijalankan kami tidak nampak tanda-tanda kehadiran kayu pencanai tersebut, kerosakan dalaman wanita berkenaan amat serius , jika terlambat ia boleh membawa maut," jelasnya.
"Ketika ujian x-ray dijalankan kami tidak nampak tanda-tanda kehadiran kayu pencanai tersebut, kerosakan dalaman wanita berkenaan amat serius , jika terlambat ia boleh membawa maut," jelasnya.
Saiz kayu pencanai roti berkenaan adalah 40 sentimeter, merupakan saiz yang amat besar jika dimasukkan ke dalam tubuh manusia di mana pasti menyebabkan kecederaan dalaman yang serius.
loading...
0 Response to "Doktor Terkejut Jumpai Kayu Pencanai Di Dalam Usus Seorang Wanita Selepas Disula Suami Kerana Didakwa Mandul"
Post a Comment