(Video) Kebakaran Honda Civic di LPT2 Bukti Kereta Tempatan Jauh Lebih Baik?

loading...
(Video) Kebakaran Honda Civic di LPT2 Bukti Kereta Tempatan Jauh Lebih Baik?

Kemaman – Sebuah kereta Honda Civic FD2 telah terbakar selepas terlibat kemalangan dalam kejadian di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Exit Perasing tengah hari semalam.

Menurut saksi kejadian, kereta berkenaan yang dinaiki empat orang telah terbabas dan melanggar divider lalu terbakar di kilometer 254  kira-kira jam 1:30 tengah hari.

Kesemua mangsa sempat menyelamatkan diri manakala keretanya hangus terbakar dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook.

Api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba. Jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Jika kereta Proton yang terbakar, pasti ramai dalam kalangan netizen yang mengecam kereta jenama tempatan tersebut. Tetapi dengan kejadian seperti ini, adakah mereka akan melakukan perkara sama?

Mungkin kita sudah boleh berhenti merendahkan kereta nasional negara kita, kerana seperti semua sedia maklum kereta keluaran tempatan juga mempunyai standard tinggi dan selamat untuk digunakan.

Dan yakinlah kemalangan itu tidak berbau dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bukan salah jenama kereta semata-mata.
loading...

0 Response to "(Video) Kebakaran Honda Civic di LPT2 Bukti Kereta Tempatan Jauh Lebih Baik?"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close