Tangkap Pemburu Gading Gajah, Ganjaran RM10,000 - Sukan Star TV

loading...
Tangkap Pemburu Gading Gajah, Ganjaran RM10,000 - Sukan Star TV

Jabatan Hidupan Liar Sabah menawarkan ganjaran untuk orang ramai yang berjaya memberikan maklumat sahih membabitkan insiden 2 spesies gajah mati akibat pemburuan haram untuk gading berhampiran Sungai Segama baru-baru ini.
Penolong Pengarah, Dr Sen Nathan berkata pihaknya akan memberi ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 untuk individu yang dapat memberi maklumat yang tepat dan sahih berkenaan pemburuan haram itu.
“Ganjaran itu untuk pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan dan hukuman ke atas pemburu haram berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat yang tepat dan sahih berkaitan perkara itu bolehlah menghubungi Jabatan Hidupan Liar Sabah di talian 013-5441980.
Pada 1 Januari yang lepas, pasukan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) dan Unit Perlindungan Hidupan Liar (WRU) menemukan 2 ekor gajah jantan liar yang telah mati dibunuh oleh pemburu haram berhampiran Sungai Segama, Hutan Simpan Kawag.
Insiden yang pertama membabitkan seekor gajah jantan yang ditemukan mati pada 27 Disember 2016 di tengah-tengah kawasan ladang bersempadan Hutan Simpan Kawag.
Manakala gajah jantan yang kedua pula dijumpai dan dipercayai mati pada 31 Disember 2016 merupakan gajah bergading bernama Sabre yang sebelumnya diselamatkan dari ladang dekat Tawau dan dipindahkan ke Hutan Simpan Kawag 3 bulan lalu selepas dipasang kolar satelit oleh DGFC dan WRU.
loading...

0 Response to "Tangkap Pemburu Gading Gajah, Ganjaran RM10,000 - Sukan Star TV"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close