loading...
Bukan semua pengusaha kantin sekolah begitu, tetapi memang ada kes seperti ini berlaku. Memang kerap kali alasan yang digunakan adalah 'budak ramai, tak ingat'. Tetapi jika setiap hari begitu, kurang dari sebulan dah boleh kaut ratus ringgit. Tetapi berkatkah hasil keuntungan itu?
Baca teguran dari lelaki ini buat para pengusaha kantin sekolah. Juga sesuai untuk mereka yang bergelar sebagai peniaga akan betapa pentingnya berkat hasil keuntungan dalam perniagaan.
Oleh Abu Raziq Al-Ansorullah
Kita marah apabila ada pemimpin yang makan duit rakyat. Tapi kita lupa, ada juga rakyat yang makan duit rakyat walaupun rakyat itu baru darjah satu, sekolah rendah.
Jadilah pakcik atau makcik kantin yang takutkan Allah semasa berniaga. Pandanglah murid-murid yang membeli minuman dan makanan itu seperti memandang anak sendiri.
Anak darjah satu baru nak mengenal dunia jual beli. Tetapi pakcik dan makcik kantin dah tunjuk perkara yang sangat diharamkan dalam urusan jual beli.
Air minuman dijual dengan harga 30 sen, adik darjah satu bagi RM1 tetapi tidak dipulangkan baki 70 sen. Alasannya, murid terlalu ramai sampai tak ingat.
Tetapi beringatlah bahawa, Tuhan tidak tidur. Takut-takut untung niaga tuan puan adalah istidraj, tak berkat. Bila tak berkat, faham-faham sendirilah bila tuan puan dapat suami tak berkat, isteri tak berkat, anak tak berkat, menantu tak berkat, cucu tak berkat, cicit tak berkat.
Dari mereka yang tak berkat ini, takut-takut dari merekalah yang menjadi pemimpin yang tak berkat juga satu hari nanti. Dia buat macam datuk nenek dia buat, makan duit orang. Cuma bezanya, datuk nenek dia makan duit budak sekolah. Tetapi dia makan duit rakyat.
Ambil perhatian akan hal ini. What's goes around come around. Carilah rezeki yang halal walaupun 10 sen!
loading...
0 Response to "(TrendinG) Ada juga Rakyat yg Makan Duit Rakyat walaupun Rakyat itu Baru Darjah Satu, Sekolah Rendah !"
Post a Comment