'Tak Sangka Adik Perempuan Terjebak Dengan Group WhatsApp Camni'

loading...

KUALA LUMPUR - "Kami memang terkejut tengok isi kandungan telefon bimbit dia," demikian luah seorang kakak mengenai adik perempuan bongsunya yang terjebak dengan group-group lucah di dalam WhatsApp. 

Gambar-gambar screenshot yang dimuat naik oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria itu kini viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

"Assalam sis, saya ada benda nak share dan luahkan. Mungkin ia akan keterlaluan. Semalam adik kedua menghubungi saya di WhatsApp memberitahu dia dan adik ketiga ternampak 'sesuatu' di handphone adik bongsu kami yang baru habis SPM. 

"Kami memang terkejut tengok isi kandungan handphone dia, group-group yang dia join banyak berunsurkan lucah. Bila ditanya, katanya kawan yang add. Sedih dan geram!" katanya. 








Sebelum ini juga, ibu mereka pernah bercerita yang telefon bimbitnya tiba-tiba ada gambar kemaluan wanita. Bila ditanya gambar siapa, adik bongsu menjawab gambar itu dihantar oleh rakannya. 

Jijik dengan group-group lucah berkenaan, salah seorang adik beradiknya telah meninggalkan kesemua group tersebut. Namun tindakan itu mengundang pertanyaan dari seorang lelaki yang bernama Abang Khairul, meminta penjelasan kenapa tinggalkan group. 

Individu bernama Abang Khairul | Foto Nurul Kasmadillawati Zakaria
"Kami semua sedih. Mak tak tahu pun tentang hal ini. Abah kami dah meninggal dunia. Betul-betul tak sangka adik saya boleh terjebak dengan perkara-perkara seperti ini. 

"Mak hantar dia pergi asrama suruh belajar elok-elok supaya ada adab dan maruah lebih terjaga. Tetapi budak zaman sekarang, semakin mereka jauh dari keluarga, semakin menjadi-jadi perangainya," katanya. 







Justeru, Nurul mempersoalkan adakah ibu bapa memeriksa telefon bimbit anak mereka dengan kerap dan memantau segala apa yang anak-anak mereka terima dan cari melalui telefon bimbit yang diberi? 

"Kalau betul sayangkan anak, tolong pantau anak anda setiap masa tak kiralah lelaki atau perempuan. 

"Kepada yang tengah berhajat nak bagi, fikirlah masak-masak. Adakah telefon bimbit satu keperluan bagi anak kita?" soalnya. - The Reporter
loading...

0 Response to "'Tak Sangka Adik Perempuan Terjebak Dengan Group WhatsApp Camni'"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close