loading...
Mengakui Masing - Masing Punyai Kelemahan,Diana Dan Farid Kembali Berdamai - Tempatan - Gosip & Hiburan
Jika dilihat secara mata kasar pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle cukup sempurna dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang comel.
Namun, bukanlah semuanya indah belaka kerana baru-baru ini Diana dikatakan telah hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan nasihat peguam syariah mengenai rumah tangganya yang sedang berantakan.
"Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam. Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi," katanya kepada Berita Harian.
Pasangan ini sebenarnya masing-masing memendam perasaan dan tanbah Diana lagi, "Saya hanya memikirkan hati sendiri yang terluka, tanpa menyedari saya juga pernah melukakan hati suami”
Selepas bersemuka, Farid sememangnya tidak bersetuju untuk bercerai dan mengakui yang mereka suami isteri sama-sama ada melakukan kesilapan.
“Apa juga masa yang timbul, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan ketidakpuasan hati, bukan memendam rasa. Sebelum ini, kami ‘makan hati’ dengan sikap masing masing yang tidak mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Lama kelamaan, ia menjadi barah dalam rumah tangga,” jelas Diana lagi.
Apa-apa pun syukurlah kerana sekarang semuanya sudah beransur pulih selepas masing-masing sudah pun mengakui kesilapan dan berusaha memperbaiki semula hubungan demi anak-anak tercinta.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada semua pasangan yang sudah berkahwin di luar sana supaya segera berbincang dengan pasangan masing-masing kalau ada masalah, okay?
loading...
0 Response to "TERDAPAT DUA PERKARA GANJIL YANG SANGAT HEBAT PASANGAN INI..SIAPA DAPAT TANGKAP MEMANG HEBAT"
Post a Comment