loading...
PETRAJAYA, SARAWAK - Seorang lelaki dan wanita gigih melarikan diri dari ditahan polis kerana tidak memiliki lesen memandu, lapor
Harian Metro.
Dalam kejadian jam 4 petang semalam, pemandu kereta Perodua Myvi berwarna kelabu dikesan dalam keadaan yang mencurigakan di Jalan Abdul Rahman Yaakub.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, ketika pihak polis cuba menahannya, suspek tidak mengendahkan arahan dan terus memecut melarikan diri.
Ekoran itu, seramai tujuh buah kereta peronda terpaksa mengejar suspek selama dua 30 minit. Bagaimanapun, suspek yang akhirnya memasuki jalan mati di Taman Lebunda dan terpaksa menyerah diri.
"Pemeriksaan mendapati, suspek enggan memberhentikan keretanya kerana bimbang ditahan polis kerana tidak memiliki lesen memandu," katanya.
Kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. -
The Reporter
loading...
Related Posts :
Berang Dihon Kerana Potong Barisan, Pemandu Tunjuk Jari TengahPETALING JAYA - Berang dibunyikan hon kerana memotong barisan, seorang lelaki tergamak menunjukkan i… Read More...
Pemilik Kedai Nafi Hidang Katak Dalam Minuman PelangganKOTA BHARU, KELANTAN - Semalam kecoh di media sosial, seorang netizen mendakwa sebuah kedai di Panta… Read More...
Bayi 13 Bulan Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-ParuFoto - Aleeza RosliPUCHONG, SELANGOR - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang te… Read More...
Pengantin Rugi RM6,500 Ditipu Wedding PlannerGambar Kes 1, Harian Metro | Gamber Kes 2, Ahmad FaizalRAWANG, SELANGOR - Akibat dikelentong se… Read More...
'Diorang Boleh Tengok Je Adik Aku Kena Ragut'PETALING JAYA - Seorang wanita diragut oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam,… Read More...
0 Response to "Tiada lesen, 2 jam 30 minit lari dari ditahan polis"
Post a Comment