'Kalau kau dah gemok dari kecil, kau takkan boleh kurus sampai bila-bila' - Lelaki ini buktikan kata-kata itu salah

loading...

Tahun 2016 baru saja meninggalkan kita, pastinya ada yang masih tidak mampu mencapai azam yang disasarkan pada awal tahun lalu kan? Mungkin di antara kita ada yang berazam untuk kuruskan badan, namun tidak berjaya melakukannya atas pelbagai sebab dan alasan. 

Tetapi, jangan mudah berputus asa kerana di kala anda frust menonggeng sebab tak dapat kuruskan badan, lelaki ini yang gemuk dari zaman kanak-kanak kini berjaya menurunkan berat badannya berkilo-kilogram! Malah beliau sendiri tidak menyangka dia mampu memakai seluar saiz 34 buat pertama kali seumur hidupnya. 

Gemuk sejak dari kecil lagi. Saiz seluar, 36, 40-42, 38


Seronok jadi gemuk, ramai kawan dan selalu diingati sebab 'nampak'


Tetapi di sebalik keseronokan itu, ada masalah kesihatan yang tak tertanggung. Kejap-kejap pening kepala, sakit belakang badan


Mula bersenam tetapi 'cedera' di tengah jalan


Tertarik tengok rakan serumah bersenam sehinggalah diajak untuk turut serta. Larian pertama, 10 kilometer. Kaki tertinggal di Crown Danga Bay 


Belajar untuk hidup sihat, elak pengambilan gula dan kurangkan makanan yang berkalori tinggi. Banyakkan membaca maklumat kuruskan badan secara sihat di Google.


Dari berat 128 kg turun ke 118 kg dan seterusnya 98 kg. Rasa nak cium pipi semua orang (gembira)


Terus berlari, kawal pemakanan, tiada lagi sakit belakang badan atau masalah sukar buang air besar. Sasar berat ideal 80 kg. Syukur isteri banyak membantu menyediakan makanan 'sihat'


Setiap selasa di Nongchik Riverside, jom turunkan berat badan!


Jadi, anda masih mahu berazam untuk turunkan berat badan anda pada tahun ini? Jika Zulkifle Maarof yang gemuk sejak dari kecil ini, boleh melakukannya, kenapa tidak anda? Apa alasan anda untuk tidak berusaha menurunkan berat badan? - The Reporter
loading...

0 Response to "'Kalau kau dah gemok dari kecil, kau takkan boleh kurus sampai bila-bila' - Lelaki ini buktikan kata-kata itu salah"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close