Apa yang anda perlu lakukan jika dikejar anjing?

loading...

Setiap hari kita berdepan dengan risiko bertembung dengan anjing jalanan ketika berjalan atau berjogging. Sesetengah anjing ini adakalanya sukar dijangka kelakuannya dan boleh menjadi agresif dan tidak mesra. Malah, ia boleh mendatangkan ancaman bahaya kepada manusia. 

Jadi, bagaimana anda mahu mengelakkan diri dari diserang atau digigit anjing ini? Ada lima saranan dari pakar haiwan berkenaan. 

JANGAN PANIK!

Anjing dan haiwan-haiwan yang lain dipercayai boleh mengesan rasa takut manusia.  Walau bagaimanapun, anda perlu bertenang apabila ada anjing yang agresif dan menyalak pada anda. Jika anda menjerit, melambaikan tangan atau melarikan diri, tindakan itu boleh mencetuskan naluri pemangsa dalam anjing berkenaan dan menyebabkan mereka menyerang mangsanya. 

JANGAN BERLARI, BERJALAN LAJU SEDIKIT SAHAJA 

Jika anda dikejar anjing, perlahankan langkah anda. Berpusing dan berjalan ke arah yang bertentangan dengan anjing tersebut, sambil memerhatikannya di hujung mata. 

Selain itu, jangan hayunkan tangan dan biarkan tangan di sisi badan. Ini akan membuatkan anjing itu hilang minat pada anda dan beredar. 

JANGAN BERTENTANG MATA DENGAN ANJING! 

Tindakan memandang/merenung tajam ke mata anjing boleh menyebabkan anjing itu bertindak agresif kerana mereka menganggap tindakan itu sebagai ancaman lalu dijadikan sebagai alasan untuk menyerang anda. 

Bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku, jangan pandang mata anjing secara terus. Sebaliknya cukuplah sekadar anda memerhatikannya dari hujung mata sebagai tanda anda bukanlah ancaman terhadap anjing itu yang kemudiannya akan beredar meninggalkan anda. 

Kejadian beberapa tahun lalu di mana wartawan NTV7, dikejar dua anjing peliharaan penduduk sekitar. Namun dua anjing tersebut tidak menyerangnya. - Sumber
ALIH PERHATIAN ANJING DENGAN SESUATU! 

Ambil apa-apa saja objek yang boleh membantu. Berikan mereka sesuatu untuk dikunyah seperti kasut, botol atau beg. Ini akan mengalihkan perhatian anjing tersebut buat seketika dan memberi masa untuk anda melarikan diri. 

BERI ARAHAN PADA ANJING "BERUNDUR!"

Jika anjing tersebut berterusan bertindak agresif, berdepan dengannya namun jangan pandang mata anjing dan sekali lagi arahkan anjing itu berundur. Pastikan suara anda tegas dan penuh keyakinan tetapi bukan dengan cara menjerit. Antara arahan yang biasa digunakan dan efektif ialah seperti 'No!' dan 'Back away!' dalam nada tegas. Anjing tersebut akan menjadi takut dan beredar. 


Sumber: Brightside
loading...

0 Response to "Apa yang anda perlu lakukan jika dikejar anjing? "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close