Betul ke minyak RON97 lebih bagus dari RON95?

loading...

Baru-baru ini, viral di media sosial mengatakan hanya orang kaya yang menggunakan minyak RON95, manakala golongan berpendapatan rendah menggunakan minyak RON97. Penulis mendakwa, minyak RON97 memberikan kilometer yang lebih kepada pengguna berbanding minyak RON95. 


Namun, benarkah dakwaan itu atau hanya satu pengiraan yang tidak tepat atau sekadar mitos sahaja? 

MITOS 1: RON97 boleh meningkatkan prestasi enjin kenderaan

Ramai di kalangan masyarakat kita percaya bahawa prestasi enjin kenderaan lebih meningkat jika menggunakan minyak mahal berbanding yang disarankan oleh pengeluar sesebuah kenderaan itu. Bagaimanapun, menurut Auto.com.my berkata, dakwaan itu tidak benar dan tidak mendatangkan sebagai perubahan pada prestasi enjin serta tidak dapat membantu enjin kenderaan mendapat lebih kuasa.

"Itu petrol saja, bukannya Gandalf!" 

MITOS 2: RON97 beri lebih kilometer

Menurut Car Reviews N Care, jumlah kilometer yang anda perolehi dari tangki minyak sebenarnya bergantung pada keadaan trafik dan gaya pemanduan anda sendiri. Jika anda kerap menggunakan laluan yang sesak setiap hari, enjin kenderaan akan menggunakan lebih bahan api berbanding laluan yang kurang sesak. 

Gaya pemanduan yang pasif juga akan memberikan anda lebih kilometer. Memandu dalam kelajuan sederhana dan seiring dengan keadaan trafik semasa juga terbukti boleh menjimatkan penggunaan minyak kenderaan. 

RON95 murah tak bermaksud ia minyak tak berkualiti

Jangan hanya kerana minyak RON95 dijual pada harga murah, tidak bermakna ia adalah minyak yang tidak berkualiti. Sebaliknya, ia hanya sejenis bahan api yang memenuhi keperluan enjin tertentu sama seperti RON97 menampung prestasi enjin yang lebih tinggi. 

Jadi, jika kenderaan anda telah disyorkan untuk menggunakan RON95, ingatlah bahawa dengan menukar kepada minyak RON97 hanya akan menggenakan bayaran yang lebih untuk anda tanpa memberikan sebarang perubahan kepada enjin. 

Februari 2015 yang lalu, iMoney telah mendapatkan bantuan beberapa pakar automobil bagi menguji cuba mitos minyak RON95 dan RON97 pada sebuah kereta Perodua Myvi menggunakan dynamometer. Hasilnya mendapati, minyak RON95 memberikan lebih kilometer (9.4%) kepada pengguna berbanding RON97.

Foto - iMoney.com.my

Jadi, tiada gunanya anda berbelanja lebih pada minyak yang lebih mahal yang tidak akan memberikan sebarang kesan pada prestasi enjin kenderaan anda, kecuali enjin kenderaan anda memang disarankan oleh pengeluar menggunakan minyak RON97. - The Reporter
loading...

0 Response to "Betul ke minyak RON97 lebih bagus dari RON95?"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close